Malaysia dahulunya yang dikenali sebagai Tanah Melayu adalah hasil jajahan pelbagai bangsa luar. Adat resam serta tradisi kita orang Melayu sebenarnya banyak dipengaruhi dengan ciri yang diamalkan sejak nenek moyang kita dahulu kala.
Untuk pengetahuan anda, pengaruh Hindu lebih awal sampai di Malaysia berbanding dengan agama Islam dan itulah yang dapat dilihat jelas pada adat perkahwinan Melayu terutamanya.
Apabila berkata tentang inai? Ha… mesti ramai perempuan yang teruja nak dengar kan? Inai adalah pemakaian warna yang diestrak daripada sejenis daun yang mengeluarkan warna jingga terang pada kuku. Wanita Muslim sememangnya digalakkan untuk memakai inai di jari (kuku). Ia jatuh pada hukum harus.
Bagaimana pula dengan hukum melukis inai pada pergelangan tangan dan kaki? Amalan melukis inai di pergelangan tangan dan kaki ini adalah pengaruh daripada Hindu. Ala ala Bollywood gitu. Tetapi anda rasa-rasa amalan ini salah ke?
Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:-
- Pemakaian inai pada kedua belah tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Tetapi, kadar pemakaian adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja. Warna yang digunakan juga haruslah tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur meragukan.
- Corak atau ukiran yang digunakan, seperti ukiran daun tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
- Untuk lelaki, inai tidaklah diharuskan. Kecuali pada sebilangan jari untuk majlis perkahwinan atau tujuan perubatan.
Okay? Dah faham sekarang. Ya, tidak salah untuk melukis inai pada tangan dan kaki cuma ianya agak terhad setakat pergelangan tangan dan buku lali. Untuk itu, pada bakal-bakal pengantin tahun baru yang bakal menjelma tidak lama lagi, ini dia Wanista nak kasi idea ukiran inai yang mungkin menarik dihati anda. Nak kahwin mestilah nak lawa-lawa kan? Jom lihat!
Selamat Berinai & Selamat Pengantin Baru!