Wanita terkenal dengan sifatnya yang sentiasa ingin didampingi. Adakalanya mereka gemar mendedahkan diri secara terang-terangan, sebagai contoh melalui cara pemakaian, cara mereka berkomunikasi, dan adakalanya juga, mereka lebih selesa menyuarakan personaliti peribadi mereka melalui cara yang paling halus iaitu melalui elemen bau-bauan serta wangian yang pelbagai.
Wanita mana yang tidak gemarkan wangian? Sempena dengan musim perayaan ini, Victoria’s Secret tampil memperkenalkan Winter Bombshell -rangkaian wangian terkemuka yang telah disuntik dengan elemen salju glamor.
Nota bauan terdiri daripada campuran buah dan bunga seperti Belimbing, Camellia dan Jasmin bisa menambat hati sesiapa sahaja yang menghidu. Persis bauan yang dipinjam dari syurga. Sungguh mengasyikan.
Ayuh wanita, ceriakan sambutan Krismas anda tahun ini dengan bauan memukau dari Winter Bombshell edisi terhad oleh Victoria’s Secret. Semburannya pasti memberi semangat baru buat anda sekaligus memeriahkan lagi sambutan Hari Natal 2015, menjelang tahun baru 2016 akan datang tidak lama lagi.
Hadir dalam bentuk Eau de Parfum 50ml, Rollerball 7ml, Semburan Mist 250ml dan losyen wangian 250ml.
Untuk maklumat lanjut, sila layari victoriassecret.my