Kylie Jenner si ikon fesyen tidak pernah gagal merakam gambar yang buat ramai orang tercengang. Tetapi apa pula cerita dengan gambar peribadi miliknya yang baru di muat naik oleh beliau tempoh hari? Ia tidak seperti selalu.
Gambar baru yang dirakam oleh dirinya sendiri itu berlatarkan suasana di lokasi set penggambaran sambil berpakaian hanya selipar rumah dan jubah robe berwarna putih bersih. Kylie tanpa segan silu menayangkan peha belah kirinya, di mana lensa memfokuskan kearah rupa parut jelas.
Gambar berkenaan disisipkan dengan kapsyen “I love my scar” dan itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh dirinya sendiri. Seperti sebagai peringatan kepada semua bahawa selebriti ternama juga adalah manusia biasa. Mereka memiliki cacat cela.
Berbalik kepada temu bual beliau bersama portal hiburan Hollywood Celebuzz pada tahun 2011 lalu, Kylie pernah membuat pengakuan berkenaan parutnya. Menurut Kylie, parut itu adalah kerana tercedera sewaktu bermain sorok-sorok dengan adiknya Kendall semasa mereka masih kecil.
Bermacam reaksi dan maklum balas netizen yang diterima berkenaan tindakkanya memuat naik gambar peribadi yang seperti membuka pekung dirinya itu. Ada yang positif, dan ada juga yang sengaja mengejek kekurangannya.
Sebagai seorang figura yang sentiasa mendapat perhatian umum, Kylie tenang menghadapi komen yang pelbagai daripada 44.5 Juta pengikutnya di Instagram. Percubaan terpuji yang sungguh berani oleh Kylie. *Bukti Kylie bukan “plastik” dan ingin sentiasa kelihatan sempurna di khalayak umum* Tahniah!
Apa pendapat anda?
Ini antara komen yang berbaur inspirasi:-