Pernahkah anda merasa bosan dengan barangan peribadi anda seperti baju-baju lama yang menimbun di dalam almari, aksesori barang kemas yang berselirat, kasut-kasut yang kian mereput kerana telah lama dibiarkan begitu sahaja?
Namun kini, tiada lagi masalah yang menyerabutkan kepala anda. Daripada disimpan begitu lama menunggu masa untuk reput, lebih baik anda menjualnya kepada para pembeli second hand. Bukankah itu lebih baik? Anda juga yang akan mendapat bayaran pulangan daripada jualan anda itu.
Shopee adalah merupakan sebuah platform mudah jual beli alam maya yang menawarkan servis dimana anda boleh memuat naik gambar barangan anda seterusnya menjual barangan anda itu kepada rakan sosial dalam Shopee sendiri.
Shopee berkembang disekitar Asia mulai awal tahun ini merangkumi Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam Filipina dan Taiwan. Ia membekalkan seribu satu barangan yang memberi faedah kepada si pembeli menerusi kaedah pembayaran yang selamat dan mesra pengguna digelar Shopee Guarantee. Ini seterusnya akan memberikan anda keseronokan menjual serta membeli-belah secara efisyen walaupun menerusi alam maya.
Kini, semua orang boleh menjadi peniaga. Dengan Shopee, proses jual beli boleh dilakukan dalam masa tidak sampai 30 saat. Mudah kan?
Pengguna tidak perlu risau kerana kesemua maklumat peribadi akan diberi perlindungan yang sewajarnya oleh pihak Shopee sendiri.
Terdapat fungsi Live Chat di mana, pembeli dan penjual boleh sama-sama bertukar pendapat serta menyelesaikan proses jual beli secara langsung. Ciri carian hashtag pula membolehkan para pengguna mencari produk terkini dengan lebih senang. Semuanya dihujung jari.
Pasaran dalam talian sememangnya telah menjadi norma masyarakat moden yang mahu mendapatkan sesuatu dalam sekelip mata. Tidak perlu berhabis tenaga serta membazir masa pergi ke tempat yang berkenaan demi membeli barangan tertentu.
Faedah untuk penjual pula, mereka tidak memerlukan modal permulaan untuk menyewa kedai dan membeli barangan jualan. Lebih mudah, mereka hanya memerlukan modal barangan peribadi mereka yang tidak digunakan lagi dan menjalankan perniagaan melalui platform media. Untung pun untung, seronok pun seronok!
Untuk sertai komuniti Shopee, sila hadirkan diri di aktiviti jualan bebas di beberapa lokasi sepanjang Disember ini:-
- Vodella Fashion fiesta di Paragon Penang: 5 – 6 Disember
- Markets17 di Jaya One : 12 -13 Disember
- Shopaholic’s Den di PARKAMAYA, Farenheit88: 18 -20 Disember
Muat turun aplikasi Shopee di telefon pintar anda melalui Apple App Store dan Google Play sekarang dan nikmati sensasi jual beli yang tiada tandingan!
Untuk maklumat lanjut, sila layari mall.shopee.com.my