Berikutan kempen inisiatif “Cuti Cuti 1Malaysia Dekat Je” yang dilakukan oleh industri pelancongan Malaysia untuk menggalakan lebih ramai rakyat Malaysia melancong dalam negara sejak dilancarkan pada Jun 2015, kini Skyscanner tampil memberi jalan penyelesaian untuk memberi seribu satu pilihan destinasi percutian yang hebat khas buat anda!
Seperti namanya yang kedengaran berteknologi, Skyscanner adalah satu enjin pencarian pelancongan global. Memandangkan sekarang adalah musim cuti sekolah, apa kata anda ambil peluang keemasan ini untuk pergi bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga!
Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia melancong dalam negara kerana di Malaysia, macam-macam ada. Dengan adanya bantuan seleksi destinasi, penginapan serta pengangkutan oleh Skyscanner, tentunya ia akan lebih memudahkan perancangan percutian idaman anda.
Disini terdapat lima (5) destinasi pelancongan keluarga tempatan dengan carian tertinggi dalam kalangan keluarga di Malaysia melalui Skyscanner:-
Langkawi (21.3% carian)
Kuala Lumpur (19.2% carian)
Kota Kinabalu (16.9% carian)
Kota Bharu (7.3% carian)
Kuching (6.1% carian)
Pautan Video: Komersial Promosi Kempen Cuti Cuti 1Malaysia Dekat Je 2015
Untuk maklumat lanjut berkenaan servis yang ditawarkan aplikasi Skyscanner, sila layari www.skyscanner.com.my
Muat turun aplikasi Skyscanner di telefon pintar anda sekarang untuk rancang percutian yang menggamit memori!
Selamat Bercuti!