Columbia Asia Hospital baru-baru ini telah menganjurkan acara untuk kanak-kanak diabetes di mana mereka menceritakan kehidupan seharian mereka. Acara yang dinamakan Berkongsi Kisah Terpendam bertema “Hidup Saya Sebagai Kanak-Kanak Diabetes’’ merupakan inisiatif Columbia Asia tahun ini, yang melangkaui bidang penjagaan pesakit bagi meraikan kanak-kanak diabetes.
- Kanak-kanak di bawah 16 tahun yang menghidap diabetes Jenis 1 telah diberi peluang melakar kisah hidup mereka melalui penulisan kreatif, dalam format karangan pendek atau puisi.
- Diabetes Jenis 1 ialah suatu penyakit yang sering disalah tanggap kerana ianya jarang ditemui serta tiada tanda fizikal yang jelas. Kesedaran yang agak rendah tentang diabetes jenis ini mengakibatkan ianya disalahfahami di kalangan orang awam.
- Kanak-kanak yang berpenyakit diabetes Jenis 1 lazimnya pendiam dan pemalu. Ini mungkin kerana rakan-rakan mereka tidak memahami mengapa mereka perlu disuntik beberapa kali sehari.
Charles Wong, pengasas Sprouts berkata, “Dalam mengendalikan bisnes yang berhubung rapat dengan kanak-kanak, kami percaya bahawa kanak-kanak membesar harus diberikan penjagaan kesihatan dan pendidikan yang terbaik untuk perkembangan mental yang lebih sempurna. Dengan itu, kami amat berbesar hati Sprouts dapat dijadikan tempat acara Columbia Asia yang bermakna ini. Kami akan terus memberi sokongan sepenuh kepada Columbia Asia dalam usaha mewujudkankan kesedaran terhadap diabetes Jenis 1 di kalangan kanak-kanak.”
Pada masa lepas, Columbia Asia menunjukkan sokongan terhadap kempen kesedaran diabetes melalui usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Walk for Cure’. Pada tahun ini Columbia Asia mencetuskan “dwi-program” unik sempena Bulan Kesedaran Diabetes Dunia.
Selain dari meraikan kisah kanak-kanak diabetes, Columbia Asia juga mengadakan ‘Master Chef Challenge’ yang berlangsung pada awal November. Chef-chef Cafe Columbia Asia menghasilkan sajian dan resipi mesra-diabetes supaya pesakit diabetes dapat menikmati hidangan kegemaran Malaysia tanpa menjejaskan kesihatan mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Columbia Asia dan kempen diabetes yang dijalankan, sila layari laman web di www.columbiaasia.com atau laman Facebook di www.facebook.com/columbiaasia.
Hashtags untuk digunakan:
- #CADiabetes – Untuk sebutan umum tentang Kempen Diabetes Columbia Asia
- #CADiabetesChildLife2015 – “My Life as a Diabetic Child”