ZALORA, destinasi fesyen atas talian di Asia, akan menyambut ketibaan Tahun Baru Cina 2016 dengan koleksi pakaian lelaki dan wanita daripada jenamanya sendiri. Dengan harga bermula dari RM59, koleksi yang diinspirasi daripada warna Vermilion Red tersebut amat sesuai untuk mengalukan kedatangan musim perayaan ini.
Melihat lebih daripada 100 koleksi pakaian yang direka dengan teliti, koleksi Tahun Baru Cina ZALORA untuk 2016 mengandungi beberapa ciri-ciri yang memenuhi kepelbagaian personaliti dalam sesebuah keluarga. Diinspirasi untuk golongan muda, kaum wanita yang penyayang, untuk wanita yang bekerjaya, dan juga bagi para ibu serta suri rumahtangga, tema bagi koleksi yang akan datang adalah “Sambutan Wanita Moden”.
Semua wanita diseru untuk tampil lebih yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri, koleksi yang menawan ini menggabungkan warna-warna mewah dengan gabungan fabrik menarik, seperti fabrik neoprene bercetak yang berwarna-warni, jacquard dengan bunga yang timbul, dan fabrik lace lembut. Terdapat juga koleksi baju peplum off-shoulder atau bahu terdedah, jumpsuits bercorak bunga, dan pelbagai pilihan gaun wanita.
Selain pakaian wanita, koleksi Tahun Baru Cina ZALORA juga menggabungkan lebih daripada 80 koleksi pakaian lelaki, yang diilhamkan oleh filem Hong Kong ‘In the Mood for Love’ dan unsur-unsur Tahun Monyet yang akan datang. Bergaya, menarik dan santai, koleksi pakaian lelaki ini bakal meningkatkan lagi semangat perayaan kepada semua.
Ditetapkan untuk mula dijual pada RM59, pelanggan boleh mendapatkan koleksi pakaian Tahun Baru Cina mereka di www.zalora.com.my dan di aplikasi mudah alih ZALORA.