Mata merupakan sisi utama rupa seseorang, bak kata pepatah, “Dari mata turun ke hati”, oleh itu, ia adalah sangat penting untuk menampakan seri ke atas mata dengan menggunakan kuasa solekan.
Ramai yang begitu prihatin untuk mengutamakan pencarian warna gincu yang sesuai dengan diri, begitu juga dengan solekan untuk mata. Hari demi hari, semakin banyak rangkaian alat solek yang mengedar serta menyediakan palet warna yang pelbagai khas untuk solekan mata, namun, kebanyakan jenama menawarkan harga yang tidak setaraf dengan apa yang semua wanita mampu.
Kini jenama alat solek terkemuka COLLECTION tampil memperkenalkan Eyes Uncovered Palettes baharu, terdiri daripada warna-warna tanah natural yang amat sesuai untuk digunakan sebagai solekan mata dramatik seperti gaya solekan smokey eyes yang dilihat popular pada saat ini.
Khas buat anda yang gemarkan gaya serdahana glamor, palet pembayang mata terkini daripada rangkaian COLLECTION ini adalah hasil ilham peragaan busana Musim Bunga/Panas 2015 oleh Rykiel dan Givenchy. Terdapat dua pilihan palet warna iaitu palet Nude Bronze dan Nude Grey. Rona seksi yang bergermalapan ini pastinya membuatkan orang tidak jemu melihat jelingan anda!
Selama 30 tahun menyemai kepakarannya dalam menghasilkan alat solek sensasi, jenama yang berasal dari United Kingdom ini menawarkan produk solekan berkualiti, disisipkan pula kemasan mengikut trend terkini, berdasarkan olesan warna-warna moden/klasiknya.
COLLECTION adalah sangat popular dalam kalangan wanita muda di UK dan telah pun menerima pelbagai anugerah kecantikan. Jadi, sudah semestinya produk solekan ini bakal merealisasikan impian semua wanita untuk menjadi cantik bak bidadari. Warna yang ditawarkan setanding dengan jenama-jenama produk solekan berprestij lain walaupun harganya dilihat berpatutan dan mampu milik.
Selain warnanya yang berpigmen dan cantik, ia didatangkan dalam bekas kompak tipis yang mudah disimpan dan dibawa kemana-mana, walaupun didalam tas tangan yang genit.
Tekstur serbuk pembayang matanya juga adalah licin seakan permukaan baldu, pasti mudah dioles keatas kelopak mata dan kekal lama. Kedua-dua palet merangkumi enam warna menarik di mana Nude Bronze amat sesuai untuk gaya solekan smokey eyes. Ia mengetengahkan warna hangat yang memberikan efek kilauan gangsa.
Manakala, Nude Grey pula membekalkan palitan rona yang lebih sejuk sesuai untuk gaya solekan mata yang bersahaja dan lebih ringkas.
Eyes Uncovered Pallette COLLECTION boleh didapati pada harga RM36.00 setiap satu, di mana-mana cawangan Watsons terpilih bermula November 2015. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.collectioncosmetics.com.my atau lawat Facebook COLLECTION di:-
Facebook: www.facebook.com/CollectionCosmeticsMY