Kate Spade New York baru-baru ini melancarkan episod keempat siri #MissAdventure yang bertajuk “The Joy Ride”. Ia menampilkan jelitawan Hollywood yang berbakat, Anna Kendrik dan Zosia Mamet, filem pendek #MissAdventure Musim Cuti 2015 ini adalah sambungan sususlan berikutan kejayaan Kate Spade mempromosikan koleksi Musim Cuti 2014, Musim Bunga 2015 dan Luruh 2015 yang lalu.
Diarah oleh Mari Heller, filem berkenaan berlatarkan lokasi di kota New York. Episod kali ini menceritakan tentang Anna dan Zosia yang bercadang untuk berkongsi kenderaan awam bagi menghadiri satu majlis parti tatkala malam diselubungi kedinginan musim sejuk. Tetapi apa yang telah berlaku sebaliknya, kedua-dua mereka begitu baik terhadap satu sama lain, di mana Anna mengizinkan Zosia menaiki teksi berkenaan dahulu dan begitu juga dengan Zosia.
Setelah sekian lama membuat keputusan siapa yang harus pergi menaiki teksi berkenaan dahulu, lalu pemandu teksi berkenaan keluar sebentar meninggalkan mereka berdua di tempat duduk belakang. Tidak lama kemudian, Anna dan Zosia menjadi kawan rapat dan sebulat suara ingin menghabiskan percutian musim ini dengan cara mereka sendiri.
Kolaborasi mesra antara Kate Spade bersama Anna Kendrik dan Zosia Mamet sememangnya mendapat sambutan umum. Mereka bukan sahaja menjadi bintang untuk filem pendek bersiri #MissAdventure malah juga tampil dalam editorial atas talian serta kempen media sosial untuk jenama fesyen berprestij, Kate Spade.
“Adalah merupakan satu peluang keemasan untuk bekerjasama rapat dengan Anna Kendrick dan Zosia Mamet bagi menjayakan episod keempat siri MissAdventure ini”, jelas Deborah Lloyd, Presiden dan Ketua Pegawai Kreatif, Kate Spade New york.
Mengulas lanjut, “Mereka berdua saling bersahaja dan lucu. Anna dan Zosia ialah jenis gadis yang ingin digambarkan oleh Kate Spade kepada orang diluar sana. Karakter milik mereka begitu sesuai untuk mengambarkan personaliti jenama Kate Spade.”
Pautan Video: Tonton Episod 4 #MissAdventure “The Joy Ride” -Musim Cuti 2015 oleh Kate Spade, New York
Untuk lihat koleksi Musim Cuti 2015 oleh Kate Spade New York, sila layari www.katespade.com