Acara, Travel

Jom Berlayar Ke Dunia Fantasi Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Disneyland Hong Kong!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Jom Berlayar Ke Dunia Fantasi Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Disneyland Hong Kong!

Hong Kong Disneyland Resort kini menyambut ulang tahun keajaibannya yang ke -10 sambil mengetengahkan konsep “Happily Ever After”! Sambutan meriah itu akan membawakan para pengunjung lebih banyak ceritera Disney ke alam realiti.

IKLAN

Antaranya adalah persembahan muzikal, bakal menampilkan sensasi persembahan oleh bintang Disney, pementasan yang penuh magis serta tarian hebat oleh penari profesional.

Foto -notey.com
Foto -notey.com

Sebagai sebahagian daripada festival yang berlangsung, terdapat juga hidangan ternama Dim Sum yang boleh dinikmati oleh para pengunjung yang menyertai sambutan ulang tahun ke -10 taman tema Disneyland Hong Kong.

Foto -Hong Kong Disneyland Resort
Foto -Hong Kong Disneyland Resort

Anda turut berpeluang menyaksikan upacara letusan bunga api “Disney in the Stars” yang menghiasi langit malam berlatarkan istana ikonik Disneyland. Sungguh mengujakan!

Foto -thewaltdisneycompany.com
Foto -thewaltdisneycompany.com

Pada 17 Disember, tetamu akan dibawa berjalan menerusi hutan fantasi yang digelar “Fairy Tale Forest” di Fantasyland yang berlokasi dalam taman buatan indah, bersama-sama dengan Tinker Bell, anda bisa menyelinap ke dunia pari-pari yang menyeronokan! Ke alam yang dipenuhi cendawan dan bunga cengkih gergasi.

Foto -themeparkadventure.com
Foto -themeparkadventure.com

Sebagai persedian menyambut Krismas dalam keadaan cuaca sejuk dan bersalji, apa kata anda berjumpa dan bermesra bersama puteri salju Frozen dan rakan-rakannya! Permaisuri Elsa dan Puteri Anna akan menyebarkan kilauan untuk hiburan anda sekeluarga! Saksikan Elsa menggunakan kuasa magik miliknya untuk menyalakan lampu-lampu pohon disekitar kawasan dataran Disneyland.

Foto -hype.my
Foto -hype.my

Lebih meriangkan apabila anda bisa menyertai perarakan megah bersama watak-watak klasik Disney seperti Mickey, Minnie, Duffy, ShellieMay dan rakan-rakan meraikan kemeriahan pada sambutan ulang tahun ke-10 Disneyland Hong Kong.

Foto -disneyandmore.blogspot.com
Foto -disneyandmore.blogspot.com

 

Foto -disneyandmore.blogspot.com
Foto -disneyandmore.blogspot.com

Lebih 60 hidangan makanan dan minuman lazat akan disajikan kepada anda. Explorer’s Club Restaurant dan Tahitian Terrace pula menawarkan kumpulan hidangan halal menggunakan produk yang diambil dari pelbagai kawasan sekitar Asia. Oleh itu, tidak perlulah anda risau kerana semua kemudahan dan fasiliti lengkap disediakan dengan rapi bagi memudahkan percutian dan kunjungan anda sewaktu disana.

IKLAN
Foto -disneyparks.disney.go.com
Foto -disneyparks.disney.go.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hongkongdisneyland.com