Destinasi pusat membeli-belah yang berada ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Pavilion kini menganjurkan sambutan Krismas yang terbesar disertai kilauan permata yang memukau!
Bertemakan Christmas Sparkles, lebih seribu tetamu mulia dan para pengujung Pavilion memeriahkan sambutan berkenaan. Sambutan kali ini berpaksikan keriangan serta kilauan musim cuti.
Kemuncak utama sambutan Krismas di Pavilion Kuala Lumpur ini adalah Pohon Krismas yang bertatah kristal Swarovski setinggi 23 meter. Ia telah diinspirasikan daripada koleksi barang kemas Swarovski rekaan Miranda Kerr. Sebanyak 174, 853 butir kristal jernih yang menghiasi pohon berkenaan. Ditambah pula dengan pancaran cahaya terang dari setiap pelusuk bangunan Pavilion, pohon Krismas Swarovski itu kelihatan berkilau dan sangat mempersona!
Nilainya pula tidak kurang dari RM3 Juta dan ini adalah kali pertama Swarovski melancarkan pohon Krismasnya di Malaysia, yakni merangkap pohon Krismas Swarovski yang tertinggi di Asia.
Para tetamu yang hadir ke acara sambutan Krismas dihidangkan dengan minuman yang menyegarkan selain mereka juga berpeluang bergambar dan bertemu dengan santa.
Acara dimulakan dengan persembahan muzik oleh pemain violin Josh Kua serta piano Charmine Lai. Tidak ketinggalan pertunjukan koleksi rekaan fesyen terkini oleh pereka Khoon Hooi sambil model turut menggayakan koleksi Swarovski musim Luruh/Sejuk 2015.
Lebih memeriahkan adalah persembahan tarian flash mob daripada penari kanak-kanak dan dewasa yang memakai pakaian berkonsepkan kilauan Krismas buat penonton semuanya kagum. Sungguh mengujakan!
Turut hadir, Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Jualan, Pavilion Kuala Lumpur dan Aymeric Lacroix, Pengarah Urusan Swarovski bahagian pengguna, barangan dan niaga Asia Tenggara bagi merasmikan majlis pelancaran pohon Krismas Swarovski.
Joyce yap menyatakan, “Sebagai pusat membeli-belah yang pernah merangkul anugerah, kami begitu komited untuk memberikan pengalaman terbaik untuk para pengunjung, selain bisa menyumbang kegembiraan sambutan Krismas yang akan tiba tidak lama lagi.”
Beliau juga turut berterima kasih kepada rakan perbankan iaitu Maybank yang telah bertungkus lumus memberi sokongan demi merealisasikan acara sambutan ini.
“Kami sangat teruja untuk mengumumkan keberadaan pohon Krismas Swarovski ini kepada Malaysia. Kami berasa bangga untuk berkolaborasi bersama Pavilion Kuala Lumpur sepanjang musim cuti ini”, tambahnya. Ini adalah detik yang terbaik bagi pihak Swarovski diatas ciptaan inovasi terunggulnya dipaparkan khas buat semua.
Tan Sri Danny Ooi, Pengasas Malaysia Book Of Records juga hadir bagi menyaksikan momen bersejarah ini. Beliau menyampaikan anugerah kepada Pavillion Kuala Lumpur dengan mengiktiraf pohon Krismas Swarovski sebagai Pohon Krimas Swarovski yang tertinggi di Malaysia.
Banyak lagi persembahan yang menarik akan dilangsungkan di Pavilion sepanjang bulan Krismas ini termasuk para pengunjung berpeluang menaiki kereta api express, menghantar poskad kepada Santa menerusi mailbox ‘Dear Santa’, pengalaman merasai salji di sekitar kawasan pintu masuk Bukit Bintang dan macam-macam lagi.
Ayuh! sertai kemeriahan musim cuti ini bersama Pavilion Kuala Lumpur. Ho ho ho! Merry Chritmas!
Jadikan pengalaman membeli-belah anda lebih bermakna pada musim Krismas ini dengan membawa pulang Pen Kristal Swarovski jika anda menambah nilai RM 1,000 ke dalam kad caj/kredit Maybank, tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari www.pavilion-kl.com atau terus hubungi 03 – 2118-8833.
Acara Festivities Christmas Sparkles adalah seperti berikut:-
Let It Snow
1 – 25 Dec l 8pm setiap hari
Bukit Bintang Entrance, Level 3
Tarikan buat keluarga dan para pelancong. Rasai salji yang akan memriahkan sambutan Krismas tahun ini!
Sparkling Pavilion Express
17 Nov 2015 – 3 Jan 2016
Centre Court, Level 2
Harga yang dikenakan adalah RM5 untuk menaiki kereta api istimewa ini. Kesemua dana yang terkumpul hasil bayaran caj Sparkling Pavilion Express pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 10am – 11am akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan terpilih.
Dear Santa
17 Nov 2015 – 3 Jan 2016
Bukit Bintang Entrance, Level 3
Beli sekeping poskad yang berharga RM1 dan tuliskan ucapan Krismas anda kepada Santa! 10 penulis terbaik akan dipilih dan berpeluang untuk diundang ke acara makan pagi bersama Santa. Kesemua dana yang terkumpul dari aktiviti ini juga akan disumbangkan ke badan-badan kebajikan.
Say Cheese
17 Nov 2015 – 3 Jan 2016
Centre Court, Level 2
Gayakan kostum Krismas kegemaran anda dan rakam detik-detik Krismas bersama keluarga di Pavilion hanya pada harga RM10 /sekeping