Hong Kong adalah destinasi sempurna buat anda yang mahu merasa cuaca sejuk bersalji yang suhunya berada pada kadar bawah 15°Cn Disember ini. Pesta salji Hong Kong akan berlangsung pada 4 Disember akan datang, ditemani pelbagai persembahan dan aktiviti menarik yang menanti untuk mengalukan kedatangan anda sekeluarga -mencipta memori percutian terindah.
Untuk memulakan percutian idaman anda, apa kata ambil peluang untuk melihat pancaran cahaya neon terdiri daripada 50 Ribu biji mentol jenis LED yang menggabungkan elemen ciri Rome purba dan Greece ini. Mercu tanda unik ini melambangkan kebijaksanaan dan kekuatan, sekaligus berupaya memancar cahaya terang memeriahkan hening malam yang sungguh menakjubkan.
Hasil karya lampu seni berbentuk spesis ular Serpenti telah tercetus berdasarkan kolaborasi istimewa BVLGARI dan Hong Kong Tourism Board. Struktur binaannya mengambil masa selama enam (6) bulan untuk disiapkan, manakala mengambil masa dua (2) bulan untuk dipasang.
Setelah itu, nikmati pula perjalanan dengan menaiki Star Ferry untuk melihat kawasan pesisir Victoria Habour, Victoria Peak dan latar langit yang memperlihatakan susunan pecakar langit yang menarik sekitar bandaraya Hong Kong. Tidak ketinggalan, tepat pada jam 8 malam, jangan lupa saksikan pertunjukan simfoni kerlipan lampu menari mengikut alunan muzik selama 13 minit sambil berlayar diatas ferry mewah berkenaan.
Bukan Hong Kong lah namanya jika tidak diterangi cahaya lampu pelbagai warna! Di Tsim Sha Tsui, anda serta keluarga boleh tonton persembahan cahaya berirama yang memancarkan imej 3D bertempat di Open Piazza, Hong Kong Cultural Centre.
Antara tempat tumpuan pelancong di kota metropolitan itu, Harbour City pula tidak ketinggalan menganjurkan sambutan ulang tahun yang ke -10 Disney dengan mentrasformasikan Ocean Terminal Forecourt kepada “Happily Ever After”. Lokasi yang digelar sebagai Christmas Avenue ini dilengkapi pohon berbintang emas gergasi. Umpama taman tema yang menyediakan seribu satu keseronokkan tanpa batasan bagi para pengunjung yang hadir, dengan kerjasama yang dibangunkan bersama Hong Kong Disneyland ini, diharap kaum keluarga berpeluang menyambut Krismas deserikan dengan kemunculan karakter popular Disney seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Elsa, Buzz Lightyear dan ramai lagi!
Sebagai bonus! Jika anda mahu, anda boleh menyertai komuniti penduduk tempatan untuk menyambut acara tahun baru, membuat kiraan detik pada malam 31 Disember, selain dapat menonton letusan bunga api warna-warni menghiasi awan gelap. Pastinya, sungguh Mengasyikan!
Tak rugi jika anda berkunjung ke Hong Kong dalam waktu terdekat ini memandangkan cuti sekolah pun bakal bermula di samping salji akan menambah seri bagi sambutan Krismas 2015. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pelbagai aktiviti menarik yang dapat anda lakukan sewaktu di Hong Kong. Bercuti sambil berhibur? Sudah tentu anda dan keluarga bisa mencipta sebuah pengalaman dan memori yang tak mungkin dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.discoverhongkong.com