Kesan dehidrasi alat hawa dingin mampu menghilangkan lembapan kulit. Untuk membantu menentang kulit yang kering dan kusam, SK-II telah melancarkan invoasi penjagaan kuit yang baru – SK-II Facial Treatment Oil. Dengan memahami kehendak wanita yang mahukan eliksir ajaib untuk melindungi kulit kering akibat faktor persekitaran, SK-II telah menyempurnakan keseimbangan minyak bernutrisi dan PiteraTM untuk memberi lembapan unggul buat semua wanita.
Menawarkan lembapan serta-merta yang unggul, SK-II Facial Treatment Oil menyuburkan dan melegakan kulit kering dengan keseimbangan hidrasi, Natural Moisturizing Factor dan lipid.
Dengan menggabungkan bahan ikonik PiteraTM dan Nourishing Oil Complex baru yang mengandungi 6 jenis minyak – termasuk minyak zaitun Mediterranean semulajadi, jojoba Amerika Latin, avocado Afrika Selatan, Riceterol Ester Jepun dan minyak bran beras, serta squalene – digabungkan secara sempurna dalam Golden Ratio, SK-II Facial Treatment Oil bertindak khusus dan memperbaiki kulit kering dan kecelaan akibat alat hawa dingin. Sifat menyuburkan yang terdapat pada produk SK-II ini turut melindungi kulit daripada menjadi kering akibat faktor luaran seperti pencemaran, jerebu dan sinar UV.
Diharumkan dengan wangian lavender dan lobak merah, SK-II Facial Treatment Oil memberi kesan yang menenangkan deria anda. Alami peningkatan ketara penghidratan kulit dan tekstur apabila digunakan bersama SK-II Facial Treatment Essence selama 14 hari.
“Saya sukakan Facial Treatment Oil dan kini saya menggunakannya berbanding masker ketika penerbangan jarak jauh. Ia tidak berminyak sama sekali dan anda boleh mendapat penghidratan mengkagumkan serta wangian lavender yang sungguh menenangkan. Saya menggunakan Facial Treatment Oil sebagai pelembab atau asas sebelum menyapu mekap. Ini menjadikan kulit saya berseri dan juga tidak menjadikan mekap kelihatan berkerak,” – Cate Blanchett
Ambil langkah pertama bagi mendapatkan kulit cerah berseri dengan lembapan intensif hari ini dan terokai Facial Treatment Oil yang boleh didapati di kaunter SK-II dengan harga bermula :
- SK-II Facial Treatment Oil, 50ml – RM535, boleh didapati bermula 1 Disember 2015
- Kit SK-II Pitera Oil Essence Care – RM630, boleh didapati bermula 15 Januari 2016