Melalui kaji selidik yang telah dijalankan oleh Gleneagles Kuala Lumpur GKL baru-baru ini telah mendapati bahawa lebih dari 82% responden hanya akan mendapatkan rawatan ortopedik berkaitan dengan masalah otot skeletal yang dialami. Oleh itu, GKL sedaya upaya cuba untuk menerapkan kesedaran kepada masyarakat awam dengan melancarkan kempen “Don’t Ignore the Pain” sebagai usaha untuk menyampaikan betapa pentingnya bagi mendapatkan pemeriksaan awal demi memerangi permasalahan tulang dan otot dalam kalangan masyarakat dunia masa kini.
Kekuatan tulang dan kelancaran pergerakan otot menjadi tunjang untuk kehidupan yang bahagia dan harmoni selain memudahkan pekerjaan harian seseorang. Ramai daripada warga Malaysia yang tidak dapat mengharungi kesakitan apabila dikaitkan dengan tulang dan otot. Oleh itu, pengesanan awal penyakit disamping menjalani proses rawatan secara teratur bisa meniang pengkatkan kualiti hidup pesakit secara tidak langsung.
Kempen ini akan berterusan sehingga bulan Disember 2015 nanti. Buat masa ini GKL sedang menganjurkan beberapa siri penjelajahan sekitar Lembah Klang untuk menyumbang ilmu pengetahuan kepada orang ramai tentang kesihatan ortopedik serta bagaimana langkah penjagaan yang sepatunya diberikan terhadap otot skeletal.
Selain itu, para peserta yang menyertai siri jelajah itu juga berpeluang untuk mengetahui dan membuat pilihan rawatan yang sebaiknya keatas keadaan diri mereka. GKL juga cuba memberi motivasi kepada para pesakit yang hadir dengan memberikan baucer caj untuk mendapatkan rawatan ortopedik yang pertama di GKL dengan harga RM10 sahaja.
GKL sentiasa komited untuk berkongsi ilmu pendedahan berkenaan ortopedik kerana ramai diantara kita yang tidak sedar akan bahananya. Perasaan tidak mempedulikan rasa sakit dengan mengaggapnya sebagai perkara yang biasa akan lebih memudaratkan. Pemeriksaan harus dilakukan dengan segera agar kesihatan dan kebahagian hidup anda terjamin.
Tiada apa yang perlu digusarkan dan ditakuti, setiap penyakit pasti anda penawarnya. Lebih mengujakan, pihak GKL menggunakan pelbagai cara kreatif dan interaktif untuk mencapai kumpulan sasaran mereka dengan adanya laman interaktif mikro untuk kemudahan fasiliti masyarakat bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan penyakit kritikal itu.
Sehubungan itu, GKL Centre of Excellence in Orthopaedics akan menyediakan pesakit dengan bimbingan keseluruhan, menawarkan jalan penyelesaian bagi merawat penyakit ortopedik dengan cara mudah yang pasti dapat diterima masyarakat. Dengan adanya kumpulan pakar yang benar-benar bertauliah dalam bidang ortopedik dan perubatan sukan, pesakit akan disediakan servis penjagaan yang berdedekasi bagi memberi ruang untuk mereka pulih sepenuhnya dan mengembalikan keupayaan fizikal mereka seperti sediakala selepas menghadapi kecederaan mahupun trauma.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen “Don’t Ignore the Pain” serta permasalahan ortopedik, sila layari www.dontignorethepain.com, atau terus hubungi pihak GKL di talian (603) 4141 3000.