Wanita yang jelita adalah mereka yang yakin pada diri, diserlahkan pada raut wajah yang anggun dan menawan. Tingkah lakunya lembut sentiasa, tutur katanya sopan terjaga. Baginya, anugerah alam tidak dipersia. Rahsia kejelitaan yang dikongsi bersama menjadi epitome wanita berhati mulia.
SAFI adalah wahana kecantikan wanita moden masa kini yang menyeluruh bermula mahkota keanggunan seorang wanita sehingga kulit wajah yang halus dan jelita. Teknologi formulasi hebat dari SAFI berupaya mengembalikan keremajaan raut wajah agar tampil muda dan yakin sentiasa. Rahsia alamiah yang terkitab dikongsi agar kejelitaan wajah menjadi milik semua.
SAFI jenama halal no.1 tempatan membawa 10 wanita terpilih beserta pasangan untuk memulakan sebuah pelayaran kejelitaan bagi menyingkap rahsia kecantikan abadi. Peraduan Mulakan Pelayaran Kejelitaan ini bertujuan untuk menggalakkan para wanita menjaga dan mengekalkan keremajaan seawal usia remaja agar kecantikan sempurna dapat dikecapi secara semula jadi.
Setelah proses saringan dilakukan, 10 pemenang bertuah bersama pasangan telah dipilih untuk memulakan pelayaran kejelitaan selama 3 hari 2 malam di Pulau Langkawi. Pulau yang terkenal dengan mitos dan lagenda membuka gerbang perjalanan emas pada 9 Oktober yang lalu kepada 10 pasangan terpilih yang lebih dikenali sebagai Pelayar Jelita bagi mencari solusi kecantikan yang diimpikan selama ini.
Kemuncak pelayaran kejelitaan yang menjadi agenda utama telahpun tiba. 10 Pelayar Jelita berpakaian indah dengan blaus rona ungu diraja beserta percikan palet putih susu hadir di atas kapal cruise mewah untuk majlis santapan keanggunan bersama RATU RANIA- Nora Danish. Sambil menikmati bias cahaya jingga matahari terbenam, tetamu berpeluang untuk beramah mesra dengan Nora Danish bagi mendapatkan solusi kecantikan wajah sebenar agar tampil muda remaja secara semula jadi.
“Aura kejelitaan seseorang wanita itu terzahir daripada sifat disiplin mereka dalam memelihara dan merawat kulit wajah dengan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian secara berterusan agar kulit wajah mendapat manfaat sepenuhnya. Umpama pelayaran mengemudi sebuah kapal, hanya yang berdisiplin dan patuh akan sampai ke destinasi” ulas Nora Danish, menekankan tentang konsep disiplin dalam penjagaan raut wajah.
Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMALAYSIA, laman instagram SAFI @safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia