Beauty Bound Asia adalah sebuah pertandingan realiti pencarian bakat baru bagi pereka kecantikan melalui platform media baharu, YOUTUBE.
Pertandingan yang memakan masa hampir berbulan-bulan itu telah menyaksikan hampir 600 peserta dan lebih 1,600 video cabaran merentasi 11 daerah di seluruh Asia, dua pereka kecantikan daripada setiap bandar berjaya diumumkan.
Mereka terdiri daripada 22 pereka kecantikan yang terbaik di rantau ini termasuklah dari Kuala Lumpur, Sydney, Hong Kong, Jakarta, Manila, Bangkok, Singapura, Taipei dan tuan rumah lokasi penilaian peringkat akhir iaitu Jepun+Osaka. Mereka bakal mewakili bandar dan negara mereka dalam Grand Final Beauty Bound Asia pada 7 November 2015 di Tokyo, Jepun.
Akhirnya, Beauty Bound Asia 2015 sampai ke penghujungnya apabila peserta dari Bangkok, Thailand, Jane Makeup (https://www.youtube.com/user/janemakeupartist) dipilih sebagai pemenang keseluruhan.
Memegang takhta Asia Next Top Beauty Creator, Jane Makeup bukan sahaja menerima hadiah lumayan bernilai US$10,000, termasuk akses first-in-the-world untuk produk kecantikan terbaik di dunia seperti SK-II, pembiayaan ke Tokyo dan New York City, peralatan kamera, tetapi juga mempunyai peluang untuk belajar dan bekerjasama dengan beberapa pereka kecantikan terkemuka dunia.
“The amount of effort and limitless creativity these beauty creators have shown throughout Beauty Bound Asia is outstanding. SK-II celebrates pushing boundaries in beauty and in life, and we hope to continue inspiring and encouraging others to do so. ” –Mr. Sandeep Seth, Brand Director, SK-II Global.
“We are glad to see these up and coming beauty creators coming of age on YouTube, and we are committed to their continued success on the platform. We can’t wait to see what the winner and the rest of the growing beauty creator community in Asia will do next.” — David Powell, Director, YouTube Online Partner Development, Asia Pacific.
Untuk maklumat lanjut, sila layari beautyboundasia.com