Fesyen, Lookbook

Katy Perry Jadi Muka Utama Kempen Iklan Perayaan H&M 2015!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Katy Perry Jadi Muka Utama Kempen Iklan Perayaan H&M 2015!

Komersial untuk koleksi perayaan H&M bakal menggemparkan dunia fesyen seantero dunia 23 November ini kerana watak utamanya telah dijayakan oleh selebriti pop Hollywood yang juga baru-baru ini telah tersenarai sebagai penyanyi wanita paling kaya mengalahkan Taylor Swift iaitu, Katy Perry!

Katy Perry! Foto -Arkib Wanista
Katy Perry! Foto -Arkib Wanista

Muzik latar yang diggunakan dalam komersial Krismas berkenaan adalah merupakan lagu baru khas yang ditulis oleh Duke Dumont untuk Katy Perry berjudul “Every Day is a Holiday”.

Katy mengakui, “H&M adalah sebahagian daripada evolusi gaya kegemaran saya sejak berusia 13 tahun lagi. Rekaannya yang cukup ceria dan mampu milik itu saya kumpul dan simpan sebagai koleksi fesyen berciri vintaj sehingga kini”.

KOLEKSI PERAYAAN H&M 2015 UNTUK GADIS

3
Rona hijau emerald menjadi sisi utama untuk koleksi perayaan H&M, begitu juga sulaman manik “sequin” yang berwarna bold. Tampak mewah sekaligus kena dengan tema Hari Natal yang dibawakan. Foto -Arkib Wanista

 

7
Lebih banyak sequins! Barulah Krismas namanya! Foto -Arkib Wanista

“Begitu juga harapan saya kepada anda, saya berharap agar anda juga bakal memperbaharui koleksi pakaian anda dengan gaya perayaan baharu yang lebih menakjubkan daripada H&M ini”, tambahnya.

Untuk koleksi perayaan 2015, H&M menggabungkan keharmonian kesoronokkan, glamor serta gaya sofistikated keatas setiap rekaannya. Ini termasuk rekaan dress yang berwarna merah terang ala gincu Marilyn Monroe, tuxedo yang diberi nafas baru serta baju-T yang diperinci dengan sulaman manik berbentuk reben berona merah.

8
Aksessori koleksi perayaan H&M mempunyai perincian yang lebih ceria dan ranggi dengan mengutamakan banyak penggunaan “tassel” dan sulaman manik. Foto -Arkib Wanista

 

4
Sesuai untuk anda yang mahu berpakaian kasual sepanjang musim sejuk, padanan legging bergaya dengan poncho labuh bermotifkan corak aztec sememangnya trendy! Foto -Arkib Wanista

Kesemua rekaan disisipkan dengan perincian yang unik dan istimewa agar setiap satunya mempunyai nilai tersendiri yang merujuk kepada sambutan istimewa itu. Kesemua koleksi perayaan 2015 ini boleh mula dibeli daripada butik H&M di seluruh dunia mulai pertengahan November.

Ketua rekaan H&M, Pernilla Wohlfahrt berkata, beliau amat suka menyuai-padankan gaya. “Bagi saya Krismas adalah bulan dimana saya akan gemar bertukar gaya mengikut citarasa tersendiri.

2
Rekaan pakaian pejabat sofistikated untuk wanita ini dimuatkan bersama ke dalam koleksi perayaan H&M musim ini. Foto -Arkib Wanista

“Kesemua rekaan H&M kali ini mempunyai kesinambungan yang sempurna walaupun ia hanyalah sehelai dress yang ringkas dan setiap sehelai daripada koleksi menakjubkan ini sesuai digayakan untuk semua jenis majlis yang bakal anda hadiri seperti makan malam Krismas bersama keluarga, berparti bersama kenalan, mahupun pakaian kasual untuk digayakan ketika pergi bersuk-ria bersama orang yang tersayang.”

KOLEKSI PERAYAAN H&M 2015 UNTUK LELAKI

15
Sweater bercetak yang sungguh mempersona khas buat si fanatik fesyen. Foto -Arkib Wanista

 

11
Pakaian kasual baharu dari koleksi perayaan H&M 2015 untuk lelaki. Foto -Arkib Wanista

 

Sungguhpun begitu, H&M masih belum melupakan kebajikan mereka kepada yang memerlukan. H&M begitu komited untuk memberi sokongan yang wajar kepada kanak-kanak di Myanmar dengan mencipta kad ucapan khas.

Dengan pembelian kad, H&M akan menderma sebanyak 5% daripada setiap bayaran harga untuk sekeping kad kepada badan UNICEF bagi menanggung kos pendidikan yang lebih berkualiti buat anak-anak yang tidak bernasib baik itu. Melalui kempen kad ucapan ini jugalah, Yayasan Kesedaran UNICEF dan H&M bercita-cita untuk melahirkan lebih 350,000 kanak-kanak yang berpendidikan di sekitar daerah Rakhine.

9
Pakaian ke pejabat yang kemas untuk lelaki. Foto -Arkib Wanista

 

12
Padanan yang sempurna untuk gaya kasual lelaki masa kini. Foto -Arkib Wanista

Tidak lupa kepada anda, pelanggan utama yang dikasihi, butik H&M seluruh Malaysia akan memberikan potongan harga sehingga 50% sepanjang bulan perayaan ini bermula 17 November. Dan untuk setiap pembelian pada 23 hingga 30 November pula, anda berpeluang mendapatkan baucer istimewa perayaan serta bisa menikmati diskaun yang berbaloi setiap minggu dalam bulan Disember akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hm.com.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *