Mengambil makanan tambahan adalah inisiatif yang paling bijak untuk menghindar diri daripada dijangkiti pelbagai penyakit sama ada berbahaya ataupun tidak berbahaya.
Justeru, baru-baru ini, Kinohimitsu telah melancarkan minuman kesihatan baharu yang bisa menyah toksin dan membersihkan sistem dalaman badan daripada sisa makanan tidak sihat, memulih masalah tekanan serta mengembalikan tenaga yang seharusnya seseorang individu sihat miliki.
Kehidupan seharian yang sibuk kadang-kala buat seseorang tidak tentu-arah sehingga mengabaikan keperluan badan yang sempurna. Apabila rehat tidak cukup dan terlalu memaksa diri untuk melakukan sesuatu perkara lebih daripada kemampuan, itu yang pada akhirnya menjejaskan fungsi badan yang optimal.
Sebagai sebuah syarikat pengeluar ubat-ubatan serta makanan kesihatan, Kinohimitsu berasa terpanggil untuk mencipta sesuatu yang mudah untuk diambil (mesra pengguna) dan dalam masa yang sama mengandungi pelbagai aturan nutrisi yang baik seperti prebiotic fricto-oligosacharride yang akan meningkatkan kesihatan serta daya bifidobacteria usus.
Kinohimitsu Wellness Smooth’D didatangkan khas dalam tiga (3) pilihan perisa manisan buahan iaitu perisa beri campuran, kiwi dan buah markisa. Mudah untuk disediakan, setiap sachet (dalam bentuk serbuk)hanya perlu dilarutkan bersama air kosong, diambil pada waktu pagi, petang dan malam. Oleh itu, ia amat sesuai buat mereka yang mempunyai jadual hidup yang ketat.
Khas buat para pengguna media yang tegar, terutama sekali golongan belia, inilah masanya untuk anda mengamalkan makanan tambahan seperti Kinohimitsu Wellness Smooth’D.
Siapa sangka, kini Kinohimitsu telah berkolaborasi bersama gedung atas talian terkemuka tanah air 11street dan adalah lebih mudah untuk anda membuat tempahan dan proses belian melalui atas talian. Ekslusif hanya di 11street, harga runcit bagi seunit Kinohitmitsu Wellness Smooth’D -mengandungi 15 sachets adalah RM89.90.
Bagaimanapun, Istimewa buat anda dan usus anda, 11street kini membuat jualan promosi berganda jika anda ingin mendapatkan set lengkap Kinohitmitsu Wellness Smooth’D yang terdiri daripada ketiga-tiga kotak yang berkenaan, harga yang ditetapkan hanyalah RM239.00 berbanding harga biasa RM284.70.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.11street.my