Hiburan

Katy Perry, Penyanyi Wanita Paling Kaya 2015

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Katy Perry, Penyanyi Wanita Paling Kaya 2015

Bye Taylor! Hello Katy! Katy Perry telah dinobatkan sebagai penyanyi wanita paling kaya bagi tahun 2015.

Menurut senarai penyanyi wanita paling kaya yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, Katy Perry telah meraih RM588 juta untuk tahun itu sekali gus meletakkannya di tangga yang pertama.

Penyanyi berusia 31 tahun itu meraih pendapatan setinggi itu berikutan konsert jelajah Prismatic yang berjaya mengutip sekurang-kurangnya RM8 juta di setiap bandar yang dijelajahnya.

Tersenarai di tangga kedua adalah Taylor Swift yang dilaporkan meraih RM348 juta. Hasil daripada konsert jelajah bagi album 1989 dan single terbarunya, Wildest Dreams, Taylor dikatakan meraih RM18 juta di setiap bandar.

Turut tersenarai dalam carta penyanyi wanita paling kaya itu juga, penyanyi wanita dalam kumpulan Fleetwood Mac, Stevie Nick dan Christine Mcvie ditempatkan di tangga ketiga dengan jumlah kutipan sebanyak RM259 juta.

Lady Gaga pula tersenarai di tangga keempat dengan meraih RM257 juta manakala diva Hollywood, Beyonce menduduki tangga kelima dengan jumlah kutipan RM237 juta setahun.

[SUMBER]

Leave a Reply
Your email address will not be published. *