Hiburan, Keibubapaan, Kembara

Nikmati Keseronokan Berganda Di Sunway Lagoon Musim Cuti Sekolah Ini!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Nikmati Keseronokan Berganda Di Sunway Lagoon Musim Cuti Sekolah Ini!

Cuti sekolah sekali lagi bakal menggegarkan negara! Apabila cuti sekolah semakin tiba, perkara utama yang akan muncul dibenak kebanyakan orang terutama pasangan ibu bapa adalah untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan membawa mereka ke destinasi tarikan pelancongan sekitar Malaysia.

IKLAN

Taman tema air terkemuka yang terletak bersebelahan pusat membeli-belah Sunway Pyramid, Subang Jaya, Sunway Lagoon kembali membawakan sensasi ombak laut yang hebat sebagai aktiviti utama untuk dirasai oleh para pengunjung.

Foto -Arkib Wanista

Tambahan pula sebagai bonus, kini Sunway Lagoon sedang merangka bebrapa aktiviti baharu yang menarik bermula 21 November hingga 3 Januari 2016.

Dibuka seawal 9.55 pagi, kesemua pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian pembukaan hebat, diikuti sesi beramah mesra bersama para penari profesional, badut penghibur, karakter ikon Perter Pan, Lady Gaga, Micheal Jackson dan tidak dilupakan, maskot Sunway Lagoon! Captaion Quack dan Lady Quack.

Foto -2.bp.blogspot.com
Foto -2.bp.blogspot.com
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Istimewa buat peminat sukan dan acara mengeluarkan peluh, anda boleh menyertai perlawanan persahabatan dalam acara bola tampar pantai bertempat di Sunway Lagoon Surf Beach dari jam 2.30pm hingga 4.30pm. Disamping itu, anda juga bisa bermain papan luncur air, meredah ombak deras buatan manusia setinggi 8 kaki.

Ayuh! hadirkan diri meluangkan masa hujung minggu di Taman Tema Air Sunway Lagoon untuk menguji tahap ketangkasan dan daya ketahanan tubuh anda dalam melakukan aktiviti dan sukan lasak seumpamanya.

Foto -1.bp.blogspot.com
Foto -1.bp.blogspot.com
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, malah terdapat bermacam lagi jenis aktiviti dan perkara yang boleh anda lakukan disana. Selain orang dewasa, kanak-kanak juga tidak terlepas untuk mengambil bahagian, merujuk kepada agenda aktiviti bersesuaian yang disediakan khas oleh pihak taman tema.

Tepat jam 3.00pm bertempat di Wildlife Theatre, anak-anak anda boleh mengampai impian untuk bertemu dan melihat secara terangan haiwan-haiwan eksotik dan liar termasuk sepasang singa putih iaitu Zola dan Zuri yang baharu sahaja ditempatkan di Sunway Wildlife Park bagi menjadi sebahagian keluarga dan tarikan utama pengunjung yang datang, selari bertujuan membanteras kepupusan dan kekejaman terhadap binatang.

IKLAN
Foto -/www.gokl.my
Foto -www.gokl.my
Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

Sebagai siri tambahan yang menarik buat mereka yang ingin bercuti dalam negara, anda boleh menikmati penjimatan sehingga 30% jika menempah tiket melalui online, merangkumi dua Pakej Promosi Berkeluarga, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak yang berharga RM378.00 sahaja yang juga hadir bersama baucar niaga bernilai RM10 serta baucar makanan.

Manakala pakej 4 To Go untuk 4 orang dewasa adalah berharga RM420, juga disertakan baucar niaga bernilai RM20. Sebarang perubahan semasa dan harga adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

Kemasukan percuma tanpa sebarang yuran akan diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun keatas dan kepada mereka yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran, dalam jangka masa seminggu dari tarikh hari jadi mengikut Mykad.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista
Foto -bigblue.my
Foto -bigblue.my

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila www.sunwaylagoon.com atau hubungi terus talian rasmi Sunway Lagoon di 603 – 5639 0000

Facebookwww.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia