Dutch Lady sentiasa peka untuk menyediakan makanan tambahan yang berkhasiat serta menyihatkan tubuh badan kanak-kanak. Baru-baru ini, berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2015, Kempen Anak Bijak, Mak Menang adalah khusus untuk meraikan kesetian para ibu bapa yang bertungkus-lumus menyediakan nutrisi terbaik untuk anak-anak.
Dalam masa yang sama, Dutch Lady Malaysia telah melancarkan satu kaedah pembelajaran bijak yang dapat merangsang minda mengikut tahap perkembangan mereka seawal umur 1 tahun hingga 6 tahun dan keatas.
Set kad pembelajaran ini dicipta sejajar dengan susu tepung Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA, dirumus istimewa untuk keperluan nutrisi seimbang serta perkembangan mental kanak-kanak yang sedang membesar.
Secara keseluruhan, pakar menjelaskan bahawasanya terdapat empat tahap perkembangan yang berbeza yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa untuk memantau si manja yang sedang membesar sebagai contoh Ingin Tahu (1 hingga 2 tahun), Meneroka (2 hingga 4 tahun), Kreatif (4 hingga 6 tahun) dan Belajar (6 hingga keatas).
Dr. Juanita berkata, “Selain daripada memantau tahap pencapaian perkembangan si manja, adalah penting bagi ibu bapa memberi nutrisi yang khas dan rangsangan yang dapat menggalakkan tumbesaran dan perkembangan yang sihat bagi kanak-kanak dengan optimum.”
Sehubungan itu, siri rangkaian produk Dutch Lady Nutri Plan ini bertindak sebagai program nutrisi kemprehensif yang membantu pasangan ibu bapa terutamanya dalam perkembangan tumbesaran anak-anak mereka secara efisyen.
Perkembangan mental kanak-kanak perlu mendapat sokongan rangsangan otak yang sesuai dengan menggunakan alat-alat pendidikan yang mesra kerana ia memainkan peranan yang penting.
Oleh itu, untuk satu tempoh yang terhad, setiap pek Dutch Lady Nutri PlanTM dengan 5x DHA akan hadir bersama satu set Kad Aktiviti Pintar merangkumi empat tahap perkembangan termasuk Ingin Tahu, Meneroka, Kreatif dan Belajar.
Koleksi set kad pembelajaran asas yang diinspirasikan haiwan ladang yang comel itu telah dirangka dan diusahakan bersama pakar perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak yang berpengalaman agar dapat memberi inspirasi kepada si manja untuk terus maju bermula daripada pengenalan objek dan perbendaharaan kata yang jelas.
Tidak ketinggalan, seperti yang telah disebut sebelum ini, untuk meraikan jasa para ibu bapa yang selama ini bertungkus lumus menyiapkan kelengkapan si manja termasuklah tanggungjawabnya untuk menyediakan nutrisi terbaik untuk anak-anak, kini anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM500,000! Tertakluk kepada terma dan syarat, bagi setiap pembelian susu tepung rumusan Dutch Lady berserta pengumpulan kad kad aktiviti.
Kesemua produk susu tepung Dutch Lady Nutri Plan dengan 5X DHA boleh didapati di kedai runcit dan pasaraya utama seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Anak Bijak Mak Menang, sila layari www.smartmoments.com.my