Polaroid, siapa yang tidak ingat saat nostalgik merakam detik manis menggunakan kamera yang bisa memproses kepingan gambar dengan segara?
Sehingga kini, kamera “instant” itu masih lagi digunakan oleh kebanyakkan anak muda yang mencintai bidang fotografi dek kerana warna dan hasil imej warna samar yang dirakam sememangnya menggambarkan ciri autentik serta klasik.
Sehubungan itu, jenama industri optik terulung Polaroid dari Amerika Syarikat telah mencipta rangkaian aksesori kaca mata untuk digayakan para peminatnya. Menggabungkan teknologi ilusi optik bersama elemen warna pelangi yang menarik, Polaroid cuba menempa nama keunggulan dalam arena fesyen moden, disamping tujuannya utama adalah untuk memberi sensasi penglihatan tanpa silau berdasarkan perubahan keadaan cahaya.
Koleksi Pelangi Polaroid 2015 baharu ini mengetengahkan gaya kaca mata hitam yang anggun dan funky, dilengkapi perincian motif berbentuk pelangi sebagai logo rangkaian yang menghiasi bahagian hujung sudut bingkai.
Selain itu, ia boleh didapati dalam saiz orang dewasa mahupun kanak-kanak. Kaca mata hitam ini khas untuk mereka yang gemarkan gaya bersahaja dimana, ia dapat memberikan anda nikmat untuk melihat pantulan imej berwarna klasik ala gambar yang dirakam kamera polaroid sendiri.
Terima kasih kepada kanta polarisasi eksklusif UltraSight!
Untuk pengetahuan anda semua, rangkaian ini dicipta untuk memberi daya penglihatan unik kepada si pemakai, seterusnya mengubah persepsi mereka keatas fungsi kaca mata hitam kerana koleksi daripada Polaroid ini adalah lain daripada yang lain.
Membawakan suatu pembaharuan yang tiada tandingan, koleksi pelangi Polaroid 2015 baharu memandu anda untuk mengekspresikan corak pemikiran, membebaskan emosi serta berkongsi perasaan melalui ‘nuansa’ cerah disetiap ketika.
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Polaroid Rainbow Collection 2015 yang terkini, sila layari polaroideyewear.com