Ramai yang menyangka lingkaran gelap bawah mata adalah disebabkan oleh kekurangan tidur ( bagi anda yang tidak tidur selama 7-8 jam pada waktu malam ) tetapi awas! Bukan disebabkan itu sahaja ya.
Kulit di bawah mata akan bukan sahaja berubah warna dan nampak kusam, tetapi juga akan kelihatan letih. Jadi untuk mengelakkan lingkaran hitam,‘beauty sleep’ itu adalah amat penting.
Wanita digalakkan untuk memakai pelindung matahari setiap hari. Juga, apabila anda melangkah di luar rumah, jangan lupa untuk menggunakan cermin mata hitam ataupun pakai topi. Dengan cara ini sinar matahari tidak akan menghasilkan pigmen kulit gelap di bawah mata anda.
Malah, jika anda ketagih kopi, ini adalah masa terbaik untuk anda mengurangkannya. Kenapa? Ini mengandungi peransang, yang boleh menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata anda.
Kebanyakan orang berfikir vitamin adalah hanya untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Tetapi kadang-kadang, jika anda mempunyai kekurangan vitamin tertentu, kesannya boleh nampak pada kulit anda juga. Jika diet harian anda adalah tanpa vitamin tertentu, inilah masanya untuk anda mula menggabungkan makanan yang lebih sihat dalam pola pemakanan anda. Makan banyak makanan yang mengandungi vitamin E dan C yang baik untuk kulit.
Ini 6 trik untuk anda ‘menyembunyikan’ mata panda anda.
#Cold Cream
Sebelum anda menggunakan solekan di muka, pelembap berkualiti baik yang mengandungi sekurang-kurangkan SPF 15 hendaklah digunakan. Kulit bering boleh memburukkan lagi masalah mata bengkak malah membuatnya kelihatan saggier. Letakkan krim anda di dalam peti sejuk supaya bila anda aplikasi pada kulit, ia lebih memudahkan anda pakai mekap dan smooth.
#Timun
Letakkan timun di kawasan mata hanya selama 15 minit sahaja. Asid askorbik yang tinggi dalam timun boleh menurunkan kandungan air dan bengkak mata.
Lingkaran hitam biasanya tidak boleh ditutup dengan solekan biasa. Pelembap atau krim/bedak asas tidak akan menjadi alat solek berkesan untuk lingkaran hitam. Jadi cuba gunakan alat solek seperti concealer kerana biasanya ianya agak pekat dan bersifat legap.
- Warna kuning untuk menyembunyikan lingkaran hitam yang berwarna ungu.
- Warna tan untuk menyembunyikan bulatan gelap yang berwarna perang.
- Warna oren untuk menyembunyikan lingkaran berwarna kebiruan.
#Eye Shadow
Menggunakan eye shadow juga mampu menutup mata panda. Untuk hasil yang maksimum, tambah celak di bahagian atas dan bawah mata.
#Bulu Mata Palsu
Bulu mata palsu memainkan perana yang penting untuk mata. Bulu mata kelihatan tebal dan tirus membuatkan mata lebih segar dan bengkak dilindungi.
#Yo-Tox
Seperti yang dipetik dari Guadian, Yo-Tox adalah teknik ‘facelift’ tanpa pembedahan dibangunkan di Manhattan. Menurut pakar yoga, Yo-Tox boleh dilakukan dengan duduk bersila dan meletakkan kedua-dua jari telunjuk di kiri kanan hidung, di bawah beg mata. Beri tekanan ringan antara 5-10 saat. Kaedah ini akan merangsang aliran darah ke bahagian mata, membuatkan lingkaran gelap bawah mata dan mata bengkak dapat dikurangkan.
Sumber – http://www.fashionstylemag.com/2015/beauty/how-to-hide-under-eye-bags/3/