Perhatian untuk para shopaholic di luar sana, pusat membeli-belah atas talian 11street bakal menganjurkan sambutan tahuanan bagi meraikan dan memberi ganjaran kepada para pelanggan yang bertuah berjumlah sehingga RM1.1 juta keseluruhan.
Apa yang lebih menaraik, Haha, salah seorang selebriti dan ahli rancangan variasi terkemuka Korea Running Man juga bakal membuat penampilan khas di pentas! Jadi buat apa tunggu lagi? Sila simpan tanggal 11 November ini untuk menghadirkan diri ke kompleks beli-belah LOT 10 bermula pada jam 12pm.
Menurut Ketua Pegawai Esekutif 11street, Hoseok Kim berkata, “kami sangat teruja untuk memilih tarikh 11 November bagi mengadakan sambutan meriah sebegini demi memberi keseronokan berganda kepada para pelanggan kami yang tidak putus-putus menyokong setiap usaha kami selama ini.”
“Tarikh 11 November itu bukanlah merujuk kepada nama syarikat kami semata malah, ia sememangnya telah menjadi sambutan tahunan yang wajib bagi Ibu Pejabat 11street di Korea untuk memberi 1001 ganjaran kepada para pelanggan sejati.
Selain itu, 11 November merupakan tarikh keramat yang disambut oleh masyarakat Korea sebagai sebuah sambutan istimewa dimana ia adalah hari untuk mempamerkan rasa sayang dan cinta seseorang individu terhadap pasangan atau orang yang tersayang menerusi simbolik tukaran biskut lidi yang dipanggil “Pepero”. Dengan itu, 11 November adalah tarikh yang amat sesuai untuk acara sulung LOVE 11 di Malaysia,” jelasnya lagi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai hadiah dan ganjaran menarik selain wang tunai antaranya adalah edaran 11,000 kotak Pepero dan hadiah cabutan bertuah daripada jenama yang turut serta dalam acara ini seperti SONY, Samsung, Kinohimitsu, K-market, Bonia, Lenovo, Sasa, Nescafe dan banyak lagi.
Tiga pemenang bertuah juga akan dipilih daripada kempen 11street Genie agar impian mereka direalisasikan, mendapat peluang untuk melancong, melawat Korea, servis transformasi kediaman atau bekalan barang runcit yang ditaja khas oleh penganjur. Bahkan Maybank sebagai rakan bank rasmi untuk acara berkenaan akan mengedarkan 500 keping kupon diskaun 15% kepada para pemegang kad Maybank yang membeli-belah di 11street dari 1 – 30 November 2015.
Jom sama-sama kita ambil peluang membeli-belah sambil bergambar bersama HaHa! Jumpa anda di Love 11!
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen 11street Genie serta Love 11, sila layari www.11street.my.