Kehidupan yang sibuk sering kali mengundang tekanan negatif sehingga terpancar pada wajah anda. Ini merupakan salah satu faktor penuaan pra-matang yang akan membuatkan tekstur kulit anda semakin mengendur dan muncullah pula kedutan di segenap inci wajah anda.
Sorabee adalah satu rangkaian yang dibangunkan oleh World’s The Only SeaStar Collagen Skincare yang bisa memberi faedah yang mengagumkan untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda. Sehubungan itu juga, produk ini berkesan untuk membekalkan kuantiti kelembapan serta mengembalikan kenajalan kulit dengan kolagen.
Ia amat berkesan menyerap jauh kedalam lapisan kulit dan berkhasiat hingga ketahap sel. Ini pasti menjanjikan keremajaan kulit disamping mengambilan diet sihat dan pengamalan gaya hidup yang teratur.
Ramai orang mengambil remeh tentang penjagaan wajah secara rapi. Bersih sahaja tidak cukup. Kulit anda haruslah bebas minyak, jerawat, kekeringan dan parut jika ingin sentiasa kelihatan berseri seperti kebanyakan selebriti Korea.
Sorabee menyediakan medium yang sebaiknya untuk menarik para wanita moden mengendalikan penjagaan muka secara profesional setiap hari, pagi dan malam demi menghindarkan anasir-anasir jahat dan kotor daripada terus melekat dan membiak di permukaan kulit seterusnya meresap jauh sehingga merosakkannya.
Buih adalah bersifat segera untuk dimanfaatkan terus ke kulit. Ia adalah lebih baik berbanding pencuci muka yang berbentuk gel atau cecair. Dalam masa yang sama, kandungan bahan yang ada di dalam pencuci muka Sorabee ini juga adalah aktif dan sesuai untuk para pengguna yang memiliki kondisi kulit sensitif. Pencuci muka yang baik adalah jenis pencuci yang tidak membuatkan kulit menjadi kering dan radang.
Disini Sorabee menawarkan tiga (3) jenis pencuci muka yang mengandungi bahan bermutu untuk semua jenis kulit.
Gunakan air bersih serta tuala muka yang kerap diganti demi menjamin kesihatan kulit muka yang terperinci. Picit pencuci muka dalam jumlah yang sedikit pada tapak tangan anda dan campurkannya dengan sedikit air, gosok sehingga berbuih sebelum anda sapukan ke wajah dengan urutan gerakan membulat lembut bagi mengelakkan kulit menjadi kendur.
Sorabee sentiasa memahami isi jiwa wanita dimana keyakianan adalah senjata utama bagi wanita yang bisa membentuk personaliti unik dalam diri mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kbeautyzone.com.my atau lawat Facebook Sorabee di www.facebook.com/sorabeemalaysia