Walau bagaimana kenyang pun anda setelah makan malam, perut anda pasti mempunyai ruang lagi untuk… PENCUCI MULUT!
Siapa yang tidak sukakan manisan? Semua orang suka! Daripada ais krim, donut, kek, coklat, yogurt berperisa, puding, macaron, dan banyak lagi!
Terdapat banyak kedai dan kafe menarik untuk anda kunjungi demi mendapatkan sesuap pencuci mulut yang pasti buat anda terbang keawangan dengan keenakannya. Tetapi, ini dia kami telah senarai pendekkan 6 trend pencuci mulut si sekitar Lembah Klang yang anda harus cuba! Wajib jika anda benar-benar penggemar manisan okay?
#1 P.s. Tokyo
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai iklim panas sepanjang tahun, ais krim adalah pencuci mulut yang ringkas dan sedap untuk tekak anda betul tak?
Ini dia kedai baharu yang anda mesti cuba! Terdapat pelbagai perisa susu, matcha dan hojicha.
Tekstur yang lembut lagi berkrim membawa anda ke dunia Jepun sejenak dan semua resepi pencuci mulut adalah resepi asal kafe berkenaan. Kesemua hidangan dibuat menggunakan rumusan bahan yang diimport khas dari Uji, Kyoto. Mmm… patutlah rasanya mengiurkan!
Lokasi : 80, Jalan SS2/60, Damansara Uptown, 47300 Petaling Jaya, Malaysia
Masa Beroperasi : 12.00pm – 12.00am setiap hari
#2 Garage 51
Ini adalah hidangan susu goncang (milk shake) yang paling sedap dan menarik senatero Malaysia rasanya! Selepas hidangan asal Australia ini menjadi viral, rakyat Malaysia kini berpeluang merasakan susu goncang yang paling wow serta nikmat kemanisan yang tidak terhingga setelah Garage 51 berjaya membawanya kemari.
Susu Goncang yang dihidangkan dalam gelas besar ini merupakan sebahagian siri “Messed Up Family” di kafe berkenaan. Ia kelihatan sungguh menyelerakan tetapi rasanya pasti buat anda mahukannya lagi!
Lokasi : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 46150 Kuala Lumpur, Malaysia
Masa Beroperasi : 11.00am – 11.00pm setiap hari
#3 Rubberduck
Anda mengidam nak makan sesuatu yang manis tetapi masih lagi mahu berpada-pada diatas pengambilan gula secara berlebihan? Nah, kami cadangkan anda untuk berkunjung ke kafe Rubberduck. Semangkuk smootie yang dicampur bersama buah-buahan berkhasiat, bijiran granola buatan sendiri, empingan kelapa ala Hawaii dan biji rami. Jadi, siapa yang kata pencuci mulut semuanya tidak sihat?
Oh ya! terdapat juga pavlova istimewa khas buat anda yang gemarkan rasa tekstur ranggup dan kenyal. Tunggu apa lagi? Jom lah!
Lokasi : Lot K-06 (Dorchester Service Apt.), Plaza Damas opposite Don’s Warong, 50480 KL
Masa Beroperasi : Selasa – Sabtu 9.30am – 6.00pm; Ahad 9.30am – 4.00pm; Tutup pada hari Isnin.
#4 Wild Sheep Chase
Hello hello! Kafe Wild Sheep Chase ini terkenal dengan hidangan souffle mereka! Ia dibakar sehingga sempurna, cukup semua rasa! Teksturnya juga lembut bagai sedang mengunyah awan. Yum!
Souffle berkenaan juga dilengkapi dengan hidangan sampingan sirap oren pekat yang akan memperkaya lagi rasa kelembutan dan keenakan souffle.
Lokasi : 6-1, First Floor, Jalan 1/109E, Desa Business Park, Off Old Klang Road, Taman Desa, KL
Masa Beroperasi : Selasa – Ahad 12.00pm – 8.00pm; Tutup pada hari Isnin.
#5 Hanbing
Ha! Yang ini memang gempak! Kafe ini baharu sahaja dibuka kepada umum. Ia merupakan sebuah kedai pencuci mulut yang berpaksikan jiwa Korea yang kini semakin menjadi buah mulut pencinta manisan di sekitar Bangsar!
Yang paling terkenal! Ais krimnya! *slurppp* Salah satu cara sempurna untuk menamatkan malam hari anda. Jangan lupa singgah tau!
Lokasi : 33 Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
Masa Beroperasi : Ahad – Khamsi 12.00pm – 12.00am; Jumaat – Sabtu 12.00pm – 1.00am
#6 Second Sunday
Sesetengah orang mungkin berfikiran bahawa pekek adalah hidangan berat yang sudah cukup mengenyangkan. Tetapi, bagi mereka yang benar-benar ketagih dengan pencuci mulut… Ia adalah hidangan manisan yang paling mewah dan rare kerana selalunya orang akan mengambil hidangan ini ketika waktu sarapan.
Kafe Second Sunday sememangnya cukup popular dengan penkek mereka yang gebu. Walau bagaimanapun, jika anda mahukan sesuatu yang buakan manisan seperti hidangan sepinggan lengkap dan savouri, kedatangan anda dialu-alukan kerana Second Sunday ada juga menyediakan hidangan lain selain penkek yang pastinya akan memuaskan deria rasa anda.
Lokasi : No.31, Jalan SS22/19 Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Malaysia
Masa Beroperasi : Isnin – Jumaat 11.00am – 11.00pm; Sabtu – Ahad 10.00am – 7.00pm