“Menyempurnakan suatu kerja rumah mengambil masa dan tenaga yang banyak. Jika anda sedang mencari cara untuk memudahkan tugasan harian atau mingguan anda, Philips menawarkan pelbagai perkakas kediaman inovatif yang sesuai untuk segenap usia,” kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara Philips Malaysia.
Steam PlusSweep dan Pembersih Stim – Memastikan lantai anda sentiasa berkilat dan bersih menerusi kuasa stim
Peralatan yang menggabungkan pembersih dan penyapu ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi juga tenaga. Ia didatangkan dengan 2 pad mikrogentian dan alat membersih 2-dalam-1 sapu & stim yang sesuai digunakan untuk semua jenis lantai. Philips Steam Plus membasmi sehingga 99.9% kuman dan bakteria.
Pembersih Vakum PowerPro Uno – Prestasi pembersihan setanding pembersih vakum 2000W
Dilengkapi Teknologi PowerCyclone, ia membolehkan tenaga sedutan yang tinggi untuk prestasi yang maksimum. Satu lagi ciri yang pasti menambat hati anda ialah nozel TriActive Turbo yang mampu menarik habuk sekali gus.
Seterika Stim PerfectCare Elite – Kuasa menyerika pantas
Dilengkapi teknologi OptimalTemp, anda kini boleh menyerika sebarang pakaian yang boleh diseterika, daripada sutera ke linen, ke kapas mahupun kashmir, dalam sebarang turutan tanpa perlu membuat penyesuaian terhadap seterika anda.
Produk-produk pengguna Philips boleh didapati di Philips Brand Store yang terletak di Galeri Beli-Belah Publika, gedung dan rangkaian barangan elektrik utama di seluruh negara atau menerusi laman web www.blipmy.com. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://philips.com.my atau https://www.facebook.com/PhilipsHomeLiving.my.