Untuk menguasai ilmu fotografi yang hebat, ia tidaklah terlalu susah dan tidak juga terlalu senang. Andai kata anda hanyalah “beginner” sebelum melangkah ketahap amatur dan seterusnya profesional, mungkin anda boleh mempelajarinya secara berperingkat.
Semestinya, dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi, sebelum berada di tahap yang megah, anda seharusnya menguasai perkara yang paling asas dahulu. Sebagai contoh, untuk menjadi pereka fesyen setanding Karl Lagerfeld mahupun Oscar de la Renta, anda seharusnya belajar menjahit jelujur dahulu, bukan terus menjahit sulaman labuci betul?
Nah, begitu juga seperti fotografi. Tekniknya sangat khusus dan seseorang jurugambar haruslah peka dengan keadaan sekeliling sambil mempunyai ilmu agar hasil kerja itu nanti berkualiti dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri.
Baru-baru ini Sony Electronics telah melancarkann keluaran model kameranya yang terbaharu iaitu α7S II dan α7R II, kedua-duanya dilengkapi ciri bingkai penuh tanpa cermin serta Cyber-shot™ RX100 IV dan RX10 II. Oleh yang demikian, Sony ingin berkongsi ilmu asas bagaimana untuk mengendalikan kamera yang baru anda beli dengan sebetulnya.
Seperti yang kita semua sedia maklum, kamera hanyalah sebuah mesin ciptaan manusia, dan kerana itu, manusia jugalah yang harus tahu mengendalikannya dengan menentukan fungsi gajet berkenaan mengikut cita rasa dan kehendak.
Terdapat lima (5) tetapan kamera yang perlu anda tahu.
- Tetapan Kualiti Imej
- Exposure Value atau EV (tetapan untuk kecerahan imej)
- Flash EV (tetapan kawalan fungsi flash)
- Mod permeteran
- Fokus Pembezar/ Zoom
Okay, kalau anda nak tahu bagaimana, jom tonton video berkenaan cara untuk mengendalikan tetapan pada kamera ini sebelum anda menempa nama menjadi seorang jurugambar yang pro!
5 Tetapan Kamera Yang Semua Orang harus Tahu
Selamat Berfoto!