Kesihatan, Pilihan

OMG! Bahana Minum Teh Hijau Berlebihan

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
OMG! Bahana Minum Teh Hijau Berlebihan

Dah lali dengar, orang asyik syorkan teh hijau sebagai minuman berkhasiat. Teh hijau dikhabarkan mengandungi nutrisi berbentuk antioxidan sebagai rangsangan untuk metabolisma badan manusia.

IKLAN

Tetapi, jaga-jaga. Kerana kadang-kadang pengambilan berlebihan sesuatu bahan makanan atau minuman bakal mengundang bahana kepada tubuh badan anda. Ya! Walaupun ia kaya dengan pelbagai khasiat dan manfaat.

Tak percaya? Baiklah, buktinya baru-baru ini, seorang gadis 16 tahun telah disahkan menghidap herb-induced hepatitis atau penyakit hepatitis yang berpunca daripada pengambilan herba berkenaan secara berlebihan kerana diyakini bisa menjadi amalan pemakanan diet untuk menurunkan berat badannya.

Kondisi berkenaan digelar sebagai hepatoksisiti herba iaitu satu gejala yang berlaku keatas pengambilan suplemen atau herba melampaui kuantiti yang sepatutnya dihadam dan akhirnya ia menyebabkan makanan atau minuman herba itu tadi berubah menjadi toksin yang terkumpul di dalam badan.

Seperti label sebutan amaran yang terdapat pada kotak ubat-ubatan tahan sakit, daripada petikan sebuah sumber, menghirup teh hijau terlalu banyak boleh menyebabkan kerosakan hati.

Lebih menakutkan, seorang Pakar Gastroenterologi dari New York mengatakan bahawa “catechin” iaitu sejenis fenol semulajadi dan antioksidan itu adalah berbahaya untuk kesihatan hati. Jika seseorang mulai meminum atau menelan kapsul suplemen estrak teh hijau, ia seolah bom kecil yang menyelinap masuk ke hati anda.

Jika anda sedang menimbang rasa untuk memutuskan sama ada anda harus menghentikan pengambil teh hijau sebagai minuman diet harian anda, kata Sonpal, tiada apa yang harus anda gusarkan. Sebaliknya, teh hijau masih lagi selamat.

Anda cuma harus berhati-hati agar tidak terlalu obses dengan mengambilan teh hijau. Hepatoksisiti tidak akan berlaku jika anda mengambilnya dalam kuantiti yang normal sebagai contoh, satu (1) hingga dua (2) cawan sehari. Itu sudah memadai kerana ia hanya akan berlaku jika seseorang mengambilnya lebih daripada cadangan hidangan yang disyorkan itu tadi.

Nah, jika anda masih lagi bingung mengenai hal ini, sila dapatkan nasihat doktor untuk tahu ‘berapa banyak yang terlalu banyak’ memandangkan setiap individu mungkin akan bertindak-balas secara berlainan terhadap pengambilan makanan dan herba berkenaan.

IKLAN

SUMBER