“Saya ingin menghasilkan sesuatu yang memenuhi kehendak para wanita yang ingin tampil bergaya setiap hari. Dengan keluaran terbaru J Casual ini, ia dapat menggalakkan lagi fesyen muslimah dan pada masa yang sama ia mendorong para wanita untuk sentiasa tampil anggun dan berasa hebat terhadap diri mereka,” kata Jovian Mandagie, Ketua Pegawai Eksekutif Jovian RTW.
Koleksi kali ini lebih praktikal dan versatil dengan menawarkan pelbagai rangkaian pakaian sebagai pilihan; dari pakaian asas, pakaian semi-formal yang sesuai digayakan ke pejabat sehingga ke pakaian yang sesuai dikenakan untuk majlis-majlis khas, kerana ia menonjolkan gaya moden kepada si pemakai.
Dihasilkan daripada kualiti yang terbaik, koleksi ini menitikberatkan kesesuaian dan kepadanan untuk si pemakai kerana ia merupakan satu kelebihan apabila dipadankan dengan pakaian yang sedia ada.
Fabrik kapas yang dicampurkan dengan linen membuatkan ianya ringan dipakai, ia juga boleh diregangkan membuatkan pakaian tidak mudah kedut, corak bunga pada kain sifon dan kain lace sesuai dengan para wanita yang masih mementingkan gaya walaupun bekerja sepanjang masa.
Pada kali ini tona warna lembut dan terang dipilih supaya sesuai dengan apa jua tona warna kulit si pemakai. Satu elemen penting yang ditonjolkan dalam setiap rekaan adalah konsep Muslimah Edgy, dikhaskan kepada si pemakai yang sentiasa mahu kelihatan trendy pada bila-bila masa.
Nak dapatkan koleksi J Casual?
Alamat Butik:
Bangsar, Kuala Lumpur – No 112, Jalan Maarof, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur | +603- 20930112
Shah Alam, Selangor – No 39, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor | +603-55243686
Robinsons, Gardens Kuala Lumpur – LOT 3, G-211, The Gardens, Mid Valley City | +603- 20891188
KLIA 1, Sepang, Selangor – LOT DOM 2, Contact Pier Domestic KL International Airport | +6019- 6163001 / +6012-9676868
Kota Kinabalu, Sabah – No 456, Miles 2.5, Jalan Tuaran Likas, 88000 Kota Kinabalu, Sabah | +6088-264588 / +6013-8613900
Bandar Baru Bangi, Selangor – No 50A, Jalan Medan Pusat 2C, Pusat Bandar Bangi, Seksyen 9, 43560 Bandar Baru Bangi, Selangor | +603-89289667
Belian melalui WhatsApp: Nombor Hotline – +6013 304 6333
Anda juga boleh lihat koleksi di Facebook Jovian Mandagie.