Tipulah jika anda tidak pernah menonton filem animasi Minions! Buat para peminat Minions seantero dunia, anda kini berpeluang memuat turun aplikasi permainan video Minions ke dalam telefon pintar mahupun tablet anda! Jika anda bosan atau sengaja hendak mengisi masa lapang, anda bolehlah bermain sambil berhibur melihat gelagat si comel minions beraksi di dalam permainan Minions Paradise baharu.
Lain daripada yang lain, permainan ini dicipta khas berasaskan kolaborasi antara dua syarikat produksi filem dan pereka permainan hebat, EA dan Illumination Entertainment telah memperkenalkan watak minions yang baru digelar Phil.
Phil adalah minion yang selalu menimbulkan masalah tanpa sengaja. Perangainya yang cemerkap membuatkan rakan-rakannya yang lain sering tidak berpuas hati dengan dirinya.
Sehinggalah suatu hari, Phil telah menyebabkan percutian idaman mereka semuanya hancur berkecai dek kerana kapal yang dinaiki mereka menuju ke destinasi percutian telah karam dan demi untuk meneruskan hidup, mereka harus bertahan di sebuah pulau berdekatan.
Disebabkan semua angkara adalah berpunca daripada Phil sendiri, dia harus mencari jalan untuk membangunkan pulau berkenaan bagi memenangi kembali hati rakan-rakannya.
Antara seleksi permainan menarik yang terdapat di dalam siri permainan Minions Paradise adalah Party With Your Favorite Minions, Unleash Your Creativity, Explore Your Paradise dan Take Villainous Vacations. Semuanya pasti menyeronokkan, malah akan membuatkan anda leka sebaik melihat gelagat si pendek minions comel!
Aplikasi permaianan Minions Paradise boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play.
Untuk maklumat lanjut serta berita terkini berkenaan permainan Minions Paradise, sila layari www.minionsparadise.com