Bloom & Grow kembali memperkenalkan produk terkini untuk bayi dan kanak-kanak kecil yang lebih hebat, menarik dan pelbagai fungsi.
Pada majlis pelancaran katalog 2015 baru-Baru ini, Bloom & Grow berkongsi kegembiraan dan kejayaan mereka yang terkini dimana pihak mereka mengedarkan lebih 500 produk daripada lebih 28 jenama barangan bayi dan kanak-kanak antarabangsa termasuk Ergobaby, Skip Hop, The GRO Company, OXO Tot dan Trunki menerusi kedai ibu dan bayi terkemuka di seluruh Malaysia.
Terdapat banyak pilihan dan rekaan barangan menarik di Bloom & Grow yang pastinya meringankan kebuntuan pasangan ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata yang pertama tidak lama lagi.
Semua barangan dan jenama global berada dibawah satu bumbung, memudahkan mereka yang tidak mempunyai pengalaman membeli barangan bayi sebelum ini. Dari baju tidur, permainan, alatan makan dan minum, beg sandang dan kit makan tengahari, alat pelatih tandas, kereta sorong, pakaian membentuk badan untuk ibu yang baru melahirkan dan banyak lagi!
Tidak kurang juga, rangkaian produk semuanya diperbuat daripada material dan fabrik berkualiti tinggi, tahan lasak dan menepati ciri-ciri keselamatan yang sesuai untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur 0-8 tahun.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Bloom & Grow dan jenama-jenama yang berada dibawah edarannya, sila layari www.bloomandgrowasia.com