Jenama pakaian kasual aktif Timberland terkenal dengan gaya maskulin yang ranggi sekaligus membawa gaya penampilan ala pengembara, tidak terhad kepada kaum lelaki sahaja malah juga wanita.
Bersempena dengan bulan Oktober iaitu bulan kesedaran kanser payudara, Timberland turut menunjukan keprihatianan mereka melalui satu aplikasi di laman portal rasmi mereka dimana, para pelanggan dan pengguna berpeluang untuk mereka cipta kasut sarung dan boots pilihan mereka mengikut cita rasa dan warna kegemaran. Menarik!
Ini bukan sekadar aplikasi pengubahsuaian yang biasa kerana anda benar-benar boleh membuat tempahan dan membeli hasil ciptaan anda itu yang diperkenalkan khas untuk kempen kesedaran kanser payudara selain bertujuan untuk memberikan sesuatu kelainan pada para pelanggan dan pengguna Timberland yang dicintai.
Sebagai satu langkah meningkatkan kesedaran berkenaan penyakit pembunuh nombor 1 itu, pihak Timberland menyediakan beberapa pilihan warna yang bertepatan dengan tema kempen iaitu warna merah jambu. Tidak seperti kebiasaannya dimana warna yang selalu diketengahkan oleh Timberland untuk rangkaian kasut sarung dan boots mereka adalah hanya berdasarkan warna neutral tanah.
#1 Pergi ke laman web Timberland dan pilih “Customize” pada bar pilihan menu yang berada di bahagian atas laman
#2 Buat pilihan samada anda mahu membuat rekaan kasut lelaki, wanita atau kanak-kanak
#3 Mulakan imaginasi!
#4 Gunakan tetapan yang berada dibawah paparan kanvas kasut untuk menukar warna dan menambah karakter pada kasut mengikut cita rasa
#5 Terdapat deskripsi mengenai ciri kasut pilihan anda dibawah tetapan menu paparan kanvas
Harga seunit juga dipaparkan bersama di bahagian kanan sebelah kanvas kasut. Apabila selesai, anda boleh save rekaan dan membuat tempahan jika anda mahu!
Mudah untuk digunakan, untuk maklumat lanjut tentang Timberland atau anda berminat untuk membuat rekaan kasut jenama Timberland anda sendiri, sila layari www.timberland.com.my.