Anda petite? Dengan ketinggian bawah 162 cm (5 ft 4), agaknya apa trik fesyen bagi menampakkan anda lebih tinggi?
Ini beberapa trik fesyen yang dipakai oleh beberapa selebriti petite yang boleh dijadikan contoh.
Menarik perhatian ke atas dan ke muka anda dengan memakai pakaian potongan V-neck seperti pelakon Reese Witherspoon ini.
Memanjangkan kaki anda dengan memakai seluar jenis high-waisted seperti Vanessa Hudgens. Jika anda memilih gaya yang labuh sampai ke lantai, kaki anda akan kelihatan lebih panjang lagi.
Bagi menampakkan leher yang panjang, anda lakukan dengan memakai turtleneck sweater atau turtleneck dress seperti yang digayakan Kate Mara. Percayalah dengan kami! Anda akan kelihatan lebih ramping kerana detail di leher membuat bayang anda secara keseluruhan kelihatan lebih tinggi.
Pointed-toe stiletto seperti yang dipakai Scarlett akan memberi ilusi kaki lebih panjang, yang sememangnya membuat anda kelihatan lebih tinggi.
Panelled dress seperti Anna Kendrick akan membuatkan anda bukan sahaja nampak tinggi tetapi juga ramping.
Dah lihat beberapa trik fesyen berikut? Tidak ada dalam closet anda, apa lagi keluar beli sekarang.
[SUMBER]