Seperti yang kita semua tahu, aplikasi perkhidmatan pengangkutan awam nombor 1 di Malaysia, GrabCar, sentiasa berada dihadapan bagi mengangkat isu-isu berkenaan keselamatan wanita.
GrabCar telah berkerjasama bersama persatuan kebajikan kanser payudara bagi menjayakan kempen kesedaran yang sedang giat berlangsung kini.
Kempen diadakan adalah bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan berkenaan kanser payudara seperti tanda awal, pemeriksaan payudara sendiri, dan cara mengatasi penyakit yang lazimnya menyerang kaum wanita agar para wanita di luar sana bisa bersiap-sedia dan tidak terlambat untuk mengesan penyakit berkenaan sekiranya menyerang keatas diri mereka.
Pemeriksaan sendiri dan pengesanan awal kanser payudara dapat memberi impak positif yang besar kepada diri seseorang kerana ia dapat menyelamatkan nyawa ramai wanita yang peka tentang perihal anasir pembunuh utama wanita itu.
Untuk makluman anda juga, menurut Organisasi Kesihatan Dunia (World Health Organization WHO) kanser payudara telah meragut lebih 500,000 nyawa para wanita diseluruh dunia setiap tahun.
Selalunya, wanita yang pertama kali dikesan menghidap kanser payudara tatkala sudah berada ditahap kritikal, hanya akan mempunyai peluang sebanyak 10 hingga 40 peratus kadar untuk meneruskan kelangsungan hidup selama 5 tahun.
Sebagai perbandingan pula, pesakit kanser payudara yang berjaya membuat pengesanan awal, berpeluang menjalani rawatan asas pula akan mendapat jaminan kadar kelangsungan hidup lima tahun melebihi 80 peratus. Angka perbezaan yang cukup besar. Itu adalah sebab mengapa pentingnya wanita di luar sana lebih peka dan tidak takut atau malu untuk mendapatkan pemeriksaan berkala dan membuat ujian pengesanan awal seperti mammogram.
Jurucakap GrabCar menjelaskan, “Kami mahu menggalakkan wanita untuk mengutamakan kesihatan dan keselamatan mereka, terutamanya apabila terdapat pilihan untuk langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.”
“Sebagai contoh, kami telah menjadi asas utama dalam kehidupan ramai wanita, yang membolehkan mereka untuk menempah pengangkutan dari keselesaan rumah atau pejabat mereka dan berulang-alik setiap hari dengan selamat, “kata seorang jurucakap GrabCar”, ujarnya lagi.
Menggunakan cogan kata yang mungkin dapat membuka mata para wanita untuk bangun dan sedar daripada kelekaan mereka selama ini, “Love boobs? So does cancer” adalah yang paling bijak bagi memacu tindakan untuk melakukan mengesanan awal kanser payudara.
Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam kempen ini, anda boleh menghulurkan bantuan amal anda melalui pembelian baju-T rasmi kempen kesedaran kanser payudara #GrabItBeatIt dengan harga RM30. Kesemua sumbangan anda itu nanti akan disalurkan kepada badan kebajikan Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA) demi menyemarakkan lagi kempen kesedaran sebegini seterusnya memberi inspirasi positif kepada para wanita agar kekal sihat sepanjang hayat.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen #GrabItBeatIt, sila layari grabtaxi.com dan untuk mempelajari langkah-langkah pemeriksaan sendiri payudara (self-examination) sila lawat laman Facebook GrabCar di www.facebook.com/GrabTaxiApp.