Khidmat atas talian iaitu aplikasi MyTeksi baru-baru ini telah melancarkan ciri keselamatan yang baharu iiaitu ciri number masking khas buat para pengguna yang sentiasa dahagakan perkhidmatan yang terbaik khususnya dalam industri pengangkutan awam.
MyTeksi merupakan jenama syarikat pengangkutan awam yang terbesar di daerah Asia Tenggara, terus-menerus menyediakan servis perkhidmatan yang selamat untuk para pelanggan dan pemandunya.
Syarikat berkenaan sangat komited dengan nilai pelaburan sebanyak US$6 juta bagi merealisasikan lebih banyak ciri baik untuk aplikasi berkenaan seperti mana ciri nombor pelindung yang baharu itu.
Ini sekaligus dapat membina satu benteng keselamatan yang lebih telus, menjadi inisiatif bagi memastikan pemandu dan penumpang mempunyai pengalaman perjalanan yang terbaik dengan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan, seperti menghadkan maklumat peribadi untuk kedua-dua pihak.
Majoriti penumpang yang selalu menggunakan khidmat pengangkutan awam untuk perjalanan jarak jauh rata-ratanya terdiri daripada kaum wanita. Oleh kerana itu juga, 8 daripada 10 wanita di Malaysia mengakui perkhidmatan teksi adalah lebih selamat kini dengan adanya servis MyTeksi.
Bagaimana ciri pelindung nombor (number masking) berfungsi?
Apabila seseorang membuat tempahan perkhidmatan melalui aplikasi MyTeksi, kedua penumpang dan pemandu mempunyai pilihan untuk berhubung melalui aplikasi berkenaan. Tidak perlu menggunakan nombor asal telefon bimbit untuk berhubung. Hanya dengan menekan ikon “call” pada skrin paparan aplikasi, anda dan pemandu dapat berhubung terus seperti panggilan telefon biasa. Tiada lagi paparan nombor telefon asal, baik di skrin pemandu mahu pun di skrin anda.
Selain kegunaan dalam negara, aplikasi MyTeksi juga mudah untuk digunakan ketika anda sedang melancong kemana-mana negara Asia Tenggara yang lain termasuk Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand. Asalkan sahaja anda mempunyai sambungan internet via roaming di telefon bimbit anda, anda pasti boleh menempah teksi melalui aplikasi MyTeksi, seterusnya dapat menjimatkan bil telefon anda kerana tidak perlu membuat panggilan biasa kepada pemandu teksi.
Keselamatan anda adalah keutamaan MyTeksi, penumpang boleh menggunakan siri “Share my ride” untuk berkongsi nombor plat atau nombor lesen teksi yang menghantar anda berserta pautan pengesanan kepada keluarga dan rakan-rakan. Ini membolehkan orang tersayang anda mengikuti perjalanan anda bila-bila masa dan dimana jua selain menerima paparan maklumat diri pemandu yang akan membawa ada ke destinasi yang dituju.
Bermula 6 Oktober, ciri number masking hanya boleh digunakan di Malaysia dan Singapura sahaja. Ciri ini bakal melengkapi aplikasi MyTeksi di negara Indonesia, Filipina dan Vietnam pada November 2015.
Aplikasi terbaru MyTeksi boleh dimuat turun melalui Google Play atau App Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myteksi.com