Telah tiba masanya untuk kita mempunyai kebebasan tatkala melakukna kerja rumah, tanpa halangan dan batasan, jenama seterika perkakas rumah Tefal membawakan sesuatu pembaharuan untuk dimiliki disetiap kediaman.
Lebih mesra pengguna, inovasi seterika yang mudah alih tanpa sambungan wayar ini dicipta bagi memenuhi fungsi kehebatan umpama seterika berwayar yang lazimnya mencapai hasil menyeterika yang mengagumkan.
Para suri rumah diluar sana, telah tiba untuk anda bertukar kepada model seterika Tefal Freemove FV9970 ini. Selain pengguna bisa menikmati keselesaan semasa mengosok tanpa perlu berfikir tentang wayar yang akan terbelit atau tersangkut sewaktu digunakan, model terbaharu ini juga dapat menjimatkan masa anda untuk mengosok setiap helaian pakaian kerana waktu untuk mengecas seterika berkenaan adalah singkat sekaligus memudahkan para ibu untuk menguruskan hal rumah yang lain dengan lebih efisyen.
Teknologi seterika tanpa wayar unik ini menawarkan fungsi stim yang berkuasa tinggi (ultra-powerful) memberikan hasil gosokan yang lebih licin menggunakan kuasa 2600 watts untuk menjana peningkatan stim sehingga 180g. Stim dikawal oleh picu ergonomik baru yang mudah dicapai dan digunakan.
Selain itu, permukaan bahagian bawah seterika juga telah diliputi lapisan pelindung aktif yang secara automotik akan membersih plat tapak membuatkan tahap keluncuran seterika lebih tahan untuk jangka masa yang lama.
Jangan khuatir tentang keselamatan, ia juga mempunyai fungsi “auto-off” yang secara automatik akan termati apabila tidak digunakan disamping sistem anti-lelehan yang menghalang air lelehan stim mengalir dan membuatkan pengguna melecur.
Tefal Freemove FV9970 juga adalah ringan berbanding seterika biasa mempunyai kapasiti untuk menampung 250mlm air, malah pemegang tempat letak seterika juga adalah mudah untuk dikenakan keatas papan mengosok. Sungguh mudah!
Jika anda berminat untuk membeli seterika Tefal Freemove FV9970 ini, anda boleh mendapatkannya di gedung atas talian Lazada (sejak 22 September 2015 lalu) dan di mana-mana kedai peralatan elekronik dan perkakas rumah yang menjual barangan Tefal di seluruh Malaysia bermula Oktober 2015, pada harga RM549.