Baru-baru ini, pelakon yang pernah merangkul anugerah, Hugh Jackman berpeluang untuk menjejakan kaki ke kota metropolitan Hong Kong bersempena Festival Pertengahan Musm Luruh. Pelakon kacak itu menghadiri kesebuah acara gilang-gemilang yang digelar Tarian Naga Api Tai Hang ( Tai Hang Fire Dragon Dance ) yang merupakan persembahan utama bagi acara tahunan rasmi di Hong Kong.
Selain itu, festival ini juga telah diadakan bagi mempromosikan filem terbaru beliau iaitu “Pan”. Pan adalah filem ilham lagenda kisah dogeng kanak-kanak Peter Pan yang telah diperbaharui jalan ceritanya.
Sambil memegang batang Mutiara Naga Api, Hugh Jackman adalah merupakan selebriti antaranbangsa pertama yang mangambil bahagian dalam persembahan dan acara kebudayaan seumpamanya. Tarian Naga Api Tai Hang berkenaan adalah merupakan tradisi istimewa yang agak terkenal pada musim sambutan Petengahan Musim Luruh disamping kek bulan serta pameran tanglung.
Memerlukan sehingga 300 pemain yang harus mengelolakan pergerakkan naga sepanjang persembahan berlansung, panjang naga berkenaan adalah berukuran 76 meter yang terdiri daripada 70,000 batang kayu untuk menampung objek berbentuk naga itu.
Untuk pengetahuan anda juga, acara sambutan pertengahan musim luruh ini telah dilakukan berabad lamanya sejak zaman dinasti Tang (618 – 907). Setiap tahun 15 hari selepas waktu bulan penuh, kaum kelurga dan sahabat handai semuanya berkumpul bagi menyambut perayaan itu bersama hidangan wain osmanthus berperisa, buah-buahan sfera seperti pear, anggur, delima dan kuih bulan perjalanan ke langit bagi menyatakan kesyukuran hasil tuaian serta ukuwah yang terjalin sesama masyarakat.
Menarik bukan? Jom jelajah Hong Kong!
Untuk maklumat lanjut berkenaan sambutan pertengahan musim luruh dengan kehadiran Hugh Jackman sebagai selebriti antarabangsa yang berpeluang menyertai acara itu, sila layari www.discoverhongkong.com.