Dalam sesebuah kehidupan tetap ada pasang surutnya. Kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. Setiap daripada kita pernah merasa betapa peritnya menanggung duka dan masalah sendiri. Perit! Bayangkan apabila kita berada di dalam situasi yang sangat genting, tiada sesiapa yang ada disisi pada waktu dan ketika itu untuk meminjamkan bahu dan perhatian mereka. Pilu!
Betul. Kawan, sahabat, rakan, teman itu ibarat nyawa kita. Tanpa mereka, hidup kita bagaikan kanvas kosong yang tidak bermakna. Setuju? Jadi, membantu seseorang apabila mereka memerlukan adalah antara sikap yang mulia. Terutamanya jika orang berkenaan adalah kenalan rapat kita. Sebagai kawan, itu yang sewajarnya.
Apa yang anda boleh lakukan untuk menenangkan kawan baik anda itu?
#1 Biar Mereka Menyedari Yang Anda Sentiasa Ada Untuk Mereka
Perkara paling berharga yang anda boleh lakukan apabila berdepan dengan kawan yang menghadapi masalah serta tekanan adalah dengan memberi sokongan. Langkah pertama yang ringkas adalah memberitahu rakan anda adalah “Saya disini”. Itu sudah cukup untuk membuatkan mereka berasa lega dengan keprihatinan anda. Jika ada diantara mereka yang sukar mengerti atau menolak pertolongna anda. Anda harus terus mengingatkan mereka bahawa anda sentiasa ada tatkala mereka memerlukan. Jika bukan melalui percakapan, anda boleh menghantar SMS ataupun menelefon rakan anda itu untuk memeriksa keadaan mereka. Boleh juga jika anda mahu mengajak mereka keluar makan atau jalan-jalan buat seketika waktu, ini sekadar untuk menenangkan hati dan jiwa mereka yang sedang lara. Mungkin membantu.
#2 Lakukan Apa Yang Anda Cakap
Jangan ungkapkan kata-kata yang belum tentu anda boleh laksanakan. Jangan beritahu rakan anda yang anda ada untuknya walhal anda sedang sibuk mengelolakan hal yang lain-lain. Itu malah akan lebih menyakiti hatinya. Mereka akan berasa keseorangan. Tidak perlu anda berseloroh dengan berkata “saya disini” semata-mata untuk menjaga perasaan rakan anda itu. Anda harus berlaku ikhlas terhadap mereka dan sanggup untuk bersama walau apa sekalipun yang terjadi.
#3 Biar Mereka Tahu Bahawa Perasaan Mereka Adalah Benar Dan Mereka Berhak Untuk Rasakan Itu
Atas apa alasan sekalipun, mereka sedang bertarung dengan emosi mereka sendiri. Jangan sesekali beritahu mereka apa yang harus mereka fikir dan bagaimana cara yang seharusnya untuk mereka berfikir ketika itu. Salah! Itu akan merubah persepsi mereka, sekaligus membuatkan mereka rasa terpinggir dan tentu mereka akan berasa menyesal kerana mencari anda untuk mengadu nasib pada awalnya.
Mereka patut tahu yang mereka berhak untuk rasa apa yang mereka sedang rasakan waktu itu. Dan tugas anda hanyalah untuk berada disisi mereka tanpa perlu buat-buat pandai dan mengadili apa yang betul dan apa yang salah.
#4 Stabilkan Antara Sokongan Dan Penyelesaian
Kadang-kadang anda layak untuk mengutarakan pendapat dan pilihan jalan penyelesaian untuk permasalahan rakan anda itu. Jika mereka baru putus cinta dimana sedang sedaya upaya untuk bangun kembali daripada kejatuhan yang dialami, anda bisa sebaiknya membantu mereka untuk terus bangun tanpa perlu berpaling kebelakang kembali. Cuba corak pemikiran yang positif untuk rakan anda itu. Dalam masa yang sama juga, jika rakan anda itu berada di penghujung jalan dan rasakan mereka telah berputus asa untuk meneruskan hidup, memberinya sepotong nasihat mungkin akan lebih mengeruhkan keadaan kerana tak semua nasihat dan pendapat kita yang boleh dihadam oleh orang lain. Cukuplah sekadar memegang atau memeluknya.
#5 Pastikan Yang Diri Anda Benar-Benar Memahami Masalah Mereka
Yang ini agak rumit. Seperti yang selalu kita lakukan, ia adalah perkara biasa untuk meletakkan diri kita ditempat rakan kita itu disamping memberitahunya “saya tahu bagaimana awak rasa” untuk buat rakan kita itu berasa tenang. Tetapi, jika sebenarnya anda tidak pernah pun berada dalam situasi mereka dan mengalami apa yang mereka sedang alami sememangnya kelihatan agak ermm ‘plastik’! Oleh itu, jadilah diri anda yang sebenar-benarnya kerana tiada apa yang lebih baik melainkan kebenaran dan perhubungan yang nyata dan ikhlas. Sesungguhnya, ia adalah kuasa yang membina dan dapat memulih.
Dipetik dari filem The Cheetah Girls, “Great friends sticking up for each other”. Selamat beramal!