Tahukah anda? Selain matahari dan protein omega seperti telur dan ikan, susu juga mengandungi kuantiti vitamin D yang sangat berguna untuk badan anda.
Kesibukan tugasan harian kadang-kala telah menghalang ibu bapa untuk memerhati peka aktiviti dan rutin anak-anak mereka. Agak sukar untuk memastikan adakah nutrisi anak-anak cukup memberangsangkan ataupun tidak. Anak-anak yang sedang membesar harus diberi perhatian yang sewajarnya, jika tidak, tumbesaran dan kesihatan tubuh badan mereka akan terjejas.
Oleh itu, baru-baru ini, Dutch Lady Milk industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) dengan bangganya melancarkan satu kempen kesedaran untuk keluarga Malaysia akan kepentingan susu untuk tubuh badan dan kesihatan manusia.
Kempen yang bertemakan 2 Sehari: Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Anda itu bertujuan memberi manfaat penting disamping pengajaran berkenaan khasiat susu beserta menangani jurang perbezaan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak Malaysia seperti yang ditemukan oleh kajian SEANUTS atau Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara.
Turut berucap, Profesor Dr. Norimah Karim, selaku Setiausaha Kehormat mewakili Persatuan Pemakanan Malaysia dan Ketua Program Pemakanan untuk Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menyatakan bahawa, Malaysia adalah bukan negara yang meminum susu.
Mengulas lanjut, “walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki cuaca panas sepanjang tahun, kita tidak tahu memanfaatkan kebaikan matahari.”
Matahari adalah sumber zat vitamin D yang terbaik selain susu. Sepatutnya, para ibu bapa harus menjadi lebih prihatin dengan membiarkan anak-anak bermain diluar untuk memperolehi vitamin D tersebut, sekurang-kurangnya 30 minit sehari.Akan tetapi masalahnya, rata-rata ibu bapa akan berasa tidak selamat untuk melepaskan anak-anak mereka bermain di bawah pancaran matahari. Oleh itu, susu adalah jawapan yang dapat membantu kebingungan anda selama ini. Lebih mudah! kerana dengan pengambilan dua gelas susu sehari, anak anda dijamin akan mendapatkan kuantiti vitamin D yang cukup untuk tubuhnya.
Duta kempen 2 Sehari (2-A-DAY) Dutch Lady adalah pelakon tersohor tanah air yang tidak asing lagi iaitu Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik. Dengan kehadiran mereka untuk memriahkan majlis, mereka turut berkongsi cerita mengenai keluarga dan rutin pengambilan susu bersama keluarganya.
Aaron adalah seorang lelaki yang amat menyayangi keluarganya. Dia mempunyai seorang isteri yang cantik dan pandai menjaga kebajikan keluarga selama ini telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Danish, Dwi dan Dahlia, masing-masing berumur 11, sembilan dan lima tahun.
“Kami sentiasa minum susu, terutamanya untuk anak-anak, dan kami memastikan bahawa kami memupuk tabiat minum susu sejak kecil, dan salah satu makanan ringan kegemaran mereka adalah susu berperisa coklat dan strawberi,” kata Diyana.
Mengulas lanjut, “Namun kita tidak sedar bahawa kita perlu minum 2 sajian atau 2 gelas sehari. Oleh itu, kami amat berminat untuk mengambil bahagian dalam kempen ini demi membantu meningkatkan kesedaran bahawa setiap ibu harus menghidangkan ahli keluarga mereka dengan dua sajian susu sehari.”
“Susu mengukuhkan keluarga saya. Walaupun isteri dan saya mempunyai gaya hidup yang sibuk, namun berdua sentiasa memastikan meluangkan masa untuk makan sarapan bersama-sama sekerap mungkin. Selain itu, susu merupakan minuman yang paling sesuai untuk sarapan pagi dan kami sering berbual-bual dengan anak kami pada waktu sarapan untuk membantu antara satu sama lain dan memulakan hari dengan penuh semangat,” jelas Aaron.