Berita & Isu Semasa, Info Menarik, Teknologi

NASA Sahkan Temui Bukti Kewujudan Air Di Planet Marikh

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
NASA Sahkan Temui Bukti Kewujudan Air Di Planet Marikh

Laporan terbaru yang dikeluarkan NASA,  mengesahkan misi mereka ke Marikh akhirnya telah berjaya menemui bukti yang kukuh tentang persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya kepada pengkaji seluruh dunia di mana mereka berjaya menemui bukti jelas dan kukuh tentang kewujudan air di atas permukaan Marikh.

IKLAN

Memetik laporan Portal Falak Online, berdasarkan rakaman sebuah camera beresolusi tinggi yang diberi nama HiRISE, yang dipasang pada satelit Mars Reconnaissance Orbiter, telah melihat garisan-garisan hitam yang kelihatan di celah-celah curam kawah dan ngarai di permukaan Marikh, berubah-ubah warna menjadi lebih gelap ketika musim ‘bunga’ dan musim ‘panas’ di sana.

29marsjp-articleLarge
Saluran rekahan pada permukaan Marikh yang dirakam oleh NASA “Mars Reconnaissance Orbiter” pada tahun 2011. Foto oleh NASA/Reuters

Menurut Falak Online, penemuan yang paling penting ialah HiRISE (menerusi kajian spectroscopy) telah menemui bukti wujudnya garam di dalam garisan-garisan ini, seterusnya menunjukkan garisan ini wujud hasil aliran air yang ‘masin’ dalam waktu-waktu tertentu.

Menurut Jim Green, Pengarah Sains Planetari NASA “… air di atas permukaan Marikh ini wujud dalam keadaan tertentu dan ia bergantung kepada keadaan cuaca dan suhu di sana”.

Garisan-garisan yang digelar  Recurring Slope Lineae (atau RSL), ia telah pun  pertama kali dilihat pada tahun 2011. Namun begitu, walaupun ketika itu saintis sudah pun merasakan kesan-kesan garisan itu disebabkan aliran cecair, tetapi ia belum dapat dibuktikan secara pasti.

Lompat 4 tahun kemudian, hari ini 2015, setelah banyak pemerhatian dan pencerapan terhadap kawasan-kawasan yang mempunyai RSL ini, saintis telah dapat melihat perubahan bentuk garisan-garisan ini dengan begitu jelas.

Kini mereka boleh katakan dengan penuh yakin bahawa garisan-garisan RSL ini memang benar-benar bukti wujud aliran air di situ.

Menerusi gabungan foto-foto  di atas, kita boleh lihat sendiri kesan perubahan RSL ini. Jalur-jalur hitam ini kelihatan berubah warna menjadi gelap pada waktu-waktu musim tertentu.

Jalur-jalur RSL ini hanya beberapa meter lebar sahaja, tetapi panjangnya mencecah ratusan meter.

IKLAN

Memetik laporan News Discovery, bentuk garisan-garisan gelap, Recurring slope lineae yang menjalar beratus-ratus meter di cerun-cerun kawah. Kredit NASA/JPL/UA

Penting untuk faham di sini ialah penemuan air di sini dilakukan secara indirect atau tidak langsung, menerusi penemuan-penemuan RSL.

Sebuah kenderaan robotik yang menjelajah tanah marikh telah mengesan terdapat kira-kira 2% air di dalam tanah planet merah berkenaan.

curiosity_wide-aae05968702ff317e942019047a2c5e2d7d00451-s800-c85
Robot Curiousity NASA telah berjaya merakam berpuluh-puluh imej berserta gambar ‘selfie’ dirinya sendiri pada bulan Januari di kawasan Mount Sharp, Marikh. Foto oleh Getty Images

Menurut Saintis Planetari, Alfred McEwen dari Arizona State University, memang terdapat unsur air di planet berkenaan kerana kewujudan garam yang memainkan peranan kepada pembentukan  jalur-jalur yang dikenali sebagai berulang lineae cerun, atau RSL di mana ia terbentuk seperti laluan air.

Kita bukanlah nampak adanya aliran cecair di kawasan tersebut, ia hanyalah bekas laluan cecair, yang mana tertinggal di situ ialah kesan hydrated salts atau garam terhidrat.

10

Penemuan ini bukan sahaja telah menjawab persoalan penting iaitu samada air wujud di Marikh atau tidak, tetapi ia sebenarnya membuka kepada soalan baru… “dari mana datangnya air ini?”

Menurut Ketua penyelidik Lujendra Ojha, pelajar siswazah dari Georgia Institute of Technology, “Kita masih belum mampu kenalpasti puncanya”.

“Ia(air) mungkin terbentuk hasil pencairan ais samada di permukaan atau bawah permukaan, tetapi kewujudan ais di kawasan berhampiran kawasan khatulistiwa agak mustahil”, tambah Ohja.

Menurut mereka lagi, kemunculan air di planet Marikh berkenaan adalah bermusim di mana paksi Marikh senget 25 darjah (hampir sama dengan Bumi), maka ia pun mempunyai 4 jenis ‘musim’ seperti Bumi (cuma jangka waktu musim di sana 2 kali ganda lebih panjang berbanding kita di sini). Maka, ketika musim sejuk, kesan garisan RSL ini tidaklah sejelas dan seterang ketika musim panas.

8
Robot pemerhati NASA yang diberi nama “Curiousity”.

9

Penemuan air ini pasti akan menyebabkan ramai bertanya kepada soalan yang paling popular, “adakah mungkin wujud kehidupan di dalam air tersebut?”

Saintis bagaimanapun tidak begitu yakin ada kehidupan dalamnya, kerana airnya sungguh masin (jumlah garam yang tinggi dan padat) dan tidak memungkinkan kehidupan wujud.

Penemuan ini adalah hasil daripada tinjauan bertahun-tahun satelit HiRISE Mars Reconnaissance Orbiter yang mengelilingi Marikh. Keupayaan kameranya yang mempunyai resolusi yang sungguh tinggi membolehkan kita menemui bukti paling kukuh akan kewujudan air.

1 (1)

NASA berkata ia mendapati bukti air dalam jalur-jalur gelap seperti ini, yang digelar cerun berulang lineae "recurring slope lineae", pada dinding Kawah Garni di Marikh. Foto oleh CNN
NASA berkata ia mendapati bukti air dalam jalur-jalur gelap seperti ini, yang digelar cerun berulang lineae “recurring slope lineae”, pada dinding Kawah Garni di Marikh. Foto oleh CNN

Namun, untuk benar-benar pasti, kita perlukan wakil di sana! Jika manusia dapat menjejakkan kaki ke Marikh, ia bakal menjawab lebih banyak persoalan.

Buat masa ini, robot-robot yang sedang merayau-rayau di permukaan Marikh, seperti Curiosity, terletak jauh dari kawasan-kawasan yang ada RSL ini, dan tidak berupaya membuat kajian lebih terperinci.

SUMBER