#1 Deodoran Elak Kaki Melecet
Orang tua-tua ada cakap, kalau nak pakai kasut baru, sebelum pakai tu gigit dulu kasut tu. Umpama, sebelum ksaut tu makan kaki kita, kita makan dia dulu. Kedengaran agak tidak masuk akal dan pelik kan? Ada orang yang pernah buat, dan mereka kata petua tu benar-benar berhasil. Tetapi disini, agak-agak jika anda ralat nak gigit kasut baru anda tu, anda boleh gunakan deodoran untuk elak kaki anda daripada melecet. Melect berlaku apabila permukaan kaki anda bergesel dengan material kasut yang agak tajam dihujungnya atau mungkin juga, kasut yang anda pakai itu terlalu ketat. Lebih-lebih lagi apabila kasut itu kasut yang baru. Sapukan sahaja deodoran pada kawasan belakang buku lali dan dimana-mana bahagian yang mudah melecet sebelum anda memakai kasut. Tiada lagi kaki melecet!
#2 Batu Pumice Buang Bulu Halus Pada Pakaian
Bulu-bulu halus pada pakaian dan habuk yang melekat buatkan penampilan anda tidak kemas, lebih-lebih lagi pada pakaian yang berwarna gelap. Oleh itu, agak sukar untuk membuang bulu-bulu halus pada pakaian menggunakan jari anda. Petuanya, anda boleh gunakan pumice stone iaitu batu yang anda selalu gunakan untuk mengikis tumit kaki anda ketika mandi dan gosokkan ianya ke ke permukaan baju yang berbulu dan berhabuk itu. Pasti berguna!
#3 Vodka Sebagai Penganti Febreze
Pada sesiapa yang suka beli pakaian vintaj dekat bundle tu, anda bolehlah semburkan campuran vodka bersama dua cawan air pada pakaian berkenaan. Ini untuk membuang bau hapak yang ada pada pakaian lama berkenaan. Boleh juga campur sedikit minyak pati lavender untuk buatkan semburan itu tadi berbau harum.
#4 Minyak Zaitun Untuk Zip
Kadang-kadang kalau nak pakai seluar jeans mesti zipnya tersekat. Ini kerana mungkin zip berkenaan telah berkarat atau ianya telah haus. Sapukan sedikit minyak zaitun pada zip berkenaan untuk lancarkan kembali pergerakkan naik turun zip. Bukan sahaja zip pada seluar jeans, boleh gunakan petua ni untuk apa-apa sahaja barangan yang mempunyai zip.
#5 Double-Sided Tape Untuk Elak Baju Bergerak
Khas buat sesiapa yang free hair atau tidak bertudung, kadang-kadang apabila anda memakai baju tanpa lengan, bahagian baju di leher anda mudah bergerak sehingga menampakkan tali baju dalam anda. Oleh itu, gunakan double-sided tape dan tampalkan ia pada bahagian dalam baju berkenaan ke kulit anda. Lekatkan juga pita pelekat pada tali baju dalam anda agar ia kekal berada pada tubuh anda dengan sempurna. No more showing off your bra strap!
#6 Ubat Gigi Untuk Aksesori Perak
Seperti yang kita semua tahu, aksesori perak mudah nampak luntur dan warnanya menjadi kusam. Untuk itu, sapukan ubat gigi pada aksesori perak anda, setelah itu, gunakan kain lembab untuk membersihkan sisa ubat gigi itu tadi. Hasilnya, aksesori perak anda kelihatan seperti baru dan lebih bersinar!
Selamat Mencuba!