Makanan

Kini di Jepun Ada Kit Kat Croissant. Yay @ Nay?

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Kini di Jepun Ada Kit Kat Croissant. Yay @ Nay?

Anda pernah rasa Kit Kat Croissant? Kini, di sebuah kafe popular di Jepun, Pronto telah menawarkan beberapa menu baharu dan antaranya adalah Kit Kat Croissant. Kedengarannya macam sedap bukan?

Menariknya, Kit Kat Croissant ini mempunyai dua perisa yang berbeza, satu dengan Kit Kat coklat manakala satu lagi perisa teh hijau (matcha). Setiap satunya berharga 170 yen (US$1.40).

kitkat2

Jika anda lebih sukakan croissant panas dan Kit Kat mencair di mulut, pekerja kafe dengan senang hati akan membakarnya di dalam ketuhar pembakar roti untuk anda. 

kitkat3

Walaupun ia akan menghilangkan rasa Kit Kat, tetapi bayangkan dengan coklat meresap ke dalam croissant, membentuk lapisan kemanisan antara kepingan mentega, ia merupakan satu dessert yang patut dicuba. Dan tentu sahaja, anda nikmatinya bersama secawan kopi.

Nampak sedap bukan? Rasanya boleh buat sendiri tak? Mesti boleh punyalah! Kalau anda cuba, jangan lupa kongsi dengan kami.

[SUMBER]

Leave a Reply
Your email address will not be published. *