Anda ingin cari barangan kemas dengan koleksi yang minimalis tetapi masih lagi mempunyai keunikan dan stail yang tersendiri?
Perkenalkan Jemsa, e-store yang membawa koleksi barang kemas ‘curated’ yang pelbagai oleh pengasasnya, ST Ang dari Singapura.
Jemsa Curated telah dilancarkan pada April 2015 dan sejak itu koleksi ini telah mendapat banyak kejayaan dan liputan dari dalam dan luar negara. Malah, koleksi ini diiktiraf bagi reka bentuk kontemporari dan berkualiti tinggi.
Berikut adalah maklumat tentang Jemsa sepintas lalu:
- Pengasas, ST Ang bekerja dengan lebih 15 pembekal dan pereka untuk menghasilkan 200 keping barangan kemas untuk pelancaran Jemsa.
- Pada masa ini, terdapat lebih 250 keping boleh didapati di e-store.
- Kebanyakan barang kemas adalah emas atau saduran rhodium dan direka dengan crystal, cubic zirconia atau pearl.
- Berdasarkan kepada trend jualan, Jemsa akan mengeluarkan beberapa ribu unit barang kemas fesyen 2015 melalui tontonan peribadi, acara pop-up, perniagaan online dan lain-lain.
- Jemsa menarik pelanggan dari Singapura, Malaysia, Hong Kong dan juga Amerika Syarikat serta United Kingdom.
Untuk sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh ke laman web rasmi.