Untuk musim yang menandakan ulang tahun ke-25 jenama ini, Sacoor Brothers menggunakan Portugal; sebagai latar belakang untuk menampilkan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2015/2016, menggabungkan rekaan kontemporari dengan teras klasiknya. Ini adalah perjalanan kembali ke tempat asal, di mana semuanya bermula.
Mewakili koleksi Lelaki, Sacoor Brothers memilih dua lelaki Portugis yang cukup terkenal di peringkat antarabangsa, aktor berbakat, Joaquim de Almeida dan pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo yang kini kembali bersama keluarga Sacoor Brothers untuk koleksi keduanya.
Gaya Sacoor Brothers bagi koleksi klasik pakaian lelaki akan menggabungkan bahan-bahan terbaik dengan kemewahan perincian bagi item tradisional dengan siluet yang direka semula dan potongan yang moden.
Rangkaian pakaian lelaki yang lebih kasual pula membuka jalan untuk pilihan baru yang lebih mewah, di mana kepelbagaian tekstur dan pertindihan menguasai, dengan “panas” dan keselesaan bergabung tanpa mengabaikan keanggunan. Dihalusi dengan teliti, model-model menampilkan keanggunan semula jadi dengan tumpuan pada pakaian kait jacquard dengan gaya vintaj, parka dan jaket berkuilt, jaket kulit kosong atau suede dan blazer dengan poket barchetta.
Untuk wanita, Sacoor Brothers memfokus kepada rangkaian klasik, menampilkan cadangan sut dengan potongan terkini – dengan dan tanpa lapel – berserta gabungan pelbagai bahan terbaik, termasuk kulit. Ada juga rangkaian Fantasy yang menampilkan pelbagai item yang boleh digabungkan untuk menghasilkan gaya kosmopolitan yang lebih anggun, terutamanya pada lisu, gaun dan blaus dengan gaya yang romantik dan corak yang berwarna-warni.
Sacoor Brothers juga menampilkan koleksi kanak-kanak dengan pelbagai cadangan item yang lebih kasual, mengekalkan keaslian, rekaan dan perincian koleksi dewasa, tetapi dengan beberapa item eksklusif dengan perincian yang lebih “menyeronokkan” seperti kemeja tampal cantum dan gaun polo.
Untuk musim di mana jenama ini meraikan 25 tahun sejarah tanpa gangguan, Sacoor Brothers mengesahkan estetik mewahnya, setia kepada peraturan jahitan tetapi dengan sentuhan avant-garde.