Info Menarik, Keibubapaan, Pilihan

THE LITTLE BIG CLUB: Alami Keseronokan Fun Family Fiesta Di Puteri Harbour Nusajaya!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
THE LITTLE BIG CLUB: Alami Keseronokan Fun Family Fiesta Di Puteri Harbour Nusajaya!

Bersempena dengan musim cuti sekolah, terdapat satu acara gilang gemilang dan pelbagai aktiviti menarik bertempat di Puteri Harbour Nusajaya, Johor, khas buat si cilik kesayangan anda!

IKLAN

Eksklusif dari 19 – 27 September ini, para pengunjung berpeluang untuk menyertai aktiviti menarik “Thomas Knowledge Hunts”. Disamping menyelesaikan cabaran-cabaran yang ada di dalam permainan memburu, ini seterusnya akan menggalakkan anda dan anak-anak anda untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama.

Apa kata, anda sebagai ibu bapa pergi meluangkan masa dengan membawa anak-anak anda merasai sendiri pengalaman pengembaraan memburu “Thomas Knowledge Hunts” yang berdurasi selama 40 minit. Disitu, anda dikehendaki menyelesaikan pelbagai cabaran yang mencabar minda antaranya seperti menyelesaikan pelbagai teka-teki dalam usaha anda untuk menyelesaikan aktiviti pemburuan pengetahuan berkenaan. Jika anda berjaya, anda bakal menerima ganjaran yang menarik!

Selepas itu, anda boleh berhibur seharian bersama dengan watak-watak kartun animasi kegemaran mereka!

Thomas Train Family Ride

THE LITTLE BIG CLUB, satu-satunya taman tema yang menyatukan lima watak hiburan HIT di bawah satu bumbung! Ia menawarkan pelbagai hiburan interaktif dan tunggangan yang menarik untuk dirasai oleh kanak-kanak, termasuklah membina rumah di taman permainan watak Bob The Builder!

Bob-Slide-Ride1

Jika anak-anak anda merupakan peminat tegar rancangan Barney and Friends, ini adalah peluang keemasan untuk mereka dimana mereka berpeluang melihat sendiri dan berada di set pengambaran rancangan tersebut seperti yang dilihat di dalam televisyen disamping mereka juga boleh berjumpa Angelina Ballerina dan belajar tarian ballet bersamanya!

Barney-Playhouse1

IKLAN

Selain itu di aras tiga (3) taman tema, terdapat bilik parti khas Thomas & Friends bagi sesiapa yang berhajat untuk menyambut ulang tahun sambil ditemani watak-watak kegemaran mereka. Hari jadi anak anda pasti menjadi satu kenangna yang tidak dapat dilupakan!

Maroon-Station

Tidak ketinggalan, Pingu pula akan memeriahkan kedatangan pengunjung ke taman tema berkenaan dengan beberapa permainan menarik seperti bowling, bola keranjang, hoki ais dan banyak lagi. SEgala aktiviti dan hiburan oleh Pingu akan berada di aras dua taman tema THE LITTLE BIG CLUB.

Angelina's-Dance-Studio

Sertai Barney, Angelina Ballerina, Bob The Builder, Thomas & Friends dan Pingu mengembara ke satu alam keseronokan di THE LITTLE BIG CLUB! Dibuka dari jam 10.00 am hingga 6.00 pm setiap hari.

Untuk maklumat lanjut berkenaan terma dan kemasukkan ke taman tema THE LITTLE BIG CLUB, sila layari www.playtime.com.my

Jom bermain sambil berhibur! Jumpa anda di sana!

Leave a Reply
Your email address will not be published. *