Lenovo, antara syarikat global peneraju alatan peranti mudah alih kini semakin berkembang dan menjadi perhatian para peminat gajet terutamanya di Malaysia.
Semalam, bertempat di Zouk Club Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, Lenovo buat julung-julung kalinya melancarkan produk evolusi baru mereka yang digelar PHAB. PHAB berfungsi dua dalam satu sebagai telefon dan tablet adalah inovasi terkini yang akan memudahkan kehidupan seharian para pengguna agar lebih efisyen.
Sehubungan itu, para pengguna kini tidak perlu lagi berhabis wang untuk memiliki kedua-dua alatan elektronik berkenaan. Gabungan antara kedua alat peranti mudah alih berkenaan adalah ciptaan yang menakjubkan dengan kelebaran paparan berukuran 6.8-inci, Lenovo PHAB Plus sendiri sememangnya akan memudahkan tugasan harian anda disamping menampilkan ciri-ciri yang terbaik lebih daripada sekadar telefon pintar dan tablet biasa boleh berikan.
Lenovo PHAB Plus juga tidak seperti mana-mana phablet yang ada di pasaran kerana saiznya sesuai untuk dipegang dan digunakan hanya dengan menggunakan satu tangan sahaja.
Tidak kurang juga, ianya akan memberi anda suatu pengalaman luar biasa kerana mempunyai paparan HD (High Definition) penuh serta sistem bunyi yang lebih lebih jelas.
Kualiti gambar yang mempunyai definisi lebih jelas bisa dihasilkan. Untuk fungsi aplikasi kamera pula, Lenovo PHAB Plus mempunyai 13 MP untuk kamera belakang dan 5 MP untuk kamera hadapan. Bagi penggemar selfie, Lenovo PHAB Plus sesuai untuk anda! Mempunyai fungsi selfie panorama dan dwi-flash LED.
Jadi, tidak kisahlah jika anda adalah kidal ataupun normal, Lenovo PHAB Plus telah dioptimumkan untuk kegunaan satu tangan, menjadikannya lebih selesa untuk dipegang dan dikawal. Sepantas kilat, pengguna boleh menghidupkan paparan dengan sentuhan dua kali atau ‘double-tap’.
Naib Presiden, E-Media Business group, Dolby Laboratories, John Couling berkata, “Lenovo PHAB Plus dikuasakan dengan Dolby Atmos memberikan pengalaman hiburan yang terbaik, lebih-lebih lagi ‘gamers’ di luar sana, anda pasti mahu memiliki Lenovo PHAB Plus ini.”
Rekaannya yang menarik disertai penggunaan material aluminium ringan turut menjadi salah satu faktor mengapa ianya cukup istimewa dibandingkan dengan phablet-phablet yang lain.
Harga pengenalan Lenovo PHAB Plus adalah RM1, 199, boleh didapati disemua butik dan pengedar Lenovo yang sah.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan spesifikasi Lenovo PHAB Plus, sila layari www.lenovo.com