Sekumpulan kadet Tentera Laut Thailand diperintah memusnahkan gajet mereka menggunakan sebongkah blok konkrit akibat melanggar peraturan kerana membawa telefon pintar ke kem latihan.
Video yang bertajuk Soldiers Must Endure yang tersebar di laman sosial bagaimanapun telah mengundang kritikan pelbagai pihak di mana mereka mempertikaikan kewajaran memusnahkan gajet tersebut.
Video berdurasi 1 minit 30 saat itu menunjukkan sekumpulan kadet tentera laut beratur bersama telefon pintar mereka seperti iPhone dan Samsung yang diletakkan bersama sebiji batu blok konkrit.
“Anda baru membeli telefon ini ya? Mahal bukan?,” kata seorang pegawai pemerintah yang meminta setiap pelatih mengambil telefon mereka sebelum mengarahkan kesemua kadet itu membongkok.
“Pecahkan,” kata pegawai itu menerusi rakaman video berkenaan.
Video berkenaan telah menjadi viral di laman sosial di Thailand di mana kebanyakkan mereka mengkritik hukuman berkenaan yang dianggap tidak setimpal dengan kesalahan pelatih.
Sumber – Siakapkeli.my