Nak melancong memang seronok tetapi tidak seronok apabila anda ke sana tanpa sebarang perancangan ataupun kajian mengenai sesesuatu tempat yang ingin dilawati. Perancangan itu penting bagi memastikan setiap perjalanan anda ke sesebuah negara itu bernilai dan dihargai.
14 perkara yang perlu anda terokai di Korea Selatan ini sedikit sebanyak membantu anda bila anda sampai ke sana, jangan lupa masukkan sekali dalam senarai tempat perlu dilawati. Untuk makluman anda, dari kemodenan landskap sehinggalah kekayaan alam semula jadi, Korea Selatan ada segalanya untuk jurnal kembara anda.
Jadi, simpan duit sekarang untuk pergi melancong ke dunia Kpop.
1. Minggu Fesyen Seoul – Untuk makluman anda, setiap bulan Mac dan Oktober, Dongdaemun Design Plaza menjadi destinasi kelompok fesyen utama Korea berkumpul untuk menyaksikan koleksi terbaru pereka tempatan mempersembahkan karya mereka. Walaupun tidak mendapat undangan khas, anda masih lagi boleh mengambil gambar di luar yang menyaksikan ramai warga tempatan dengan fesyen jalanan yang unik.
2. Taman Tema Terbesar – Jika anda datang bersama keluarga, ini tempat terbaik mesti anda pergi! Lotte World adalah taman tema indoor terbesar di dunia. Dibuka sepanjang tahun, segalanya ada di bawah satu bumbung termasuklah thrilling rides, gelanggang ais, muzium, sebuah tasik dan pelbagai jenis keseronokan untuk seisi keluarga.
3. Festival Rock – Bagi anda yang meminati muzik rock, Pentaport Rock Festival di Incheon dan Jisan Valley Rock Festival perlu ada dalam jurnal kembara anda nanti. Berlangsung pada penghujung Julai setiap tahun, festival ini pernah menyaksikan kehadiran kumpulan rock terkenal seperti Pet Shop Boys dan Oasis.
4. Kafe Kucing – Wanista tahu mesti ada yang berkata ‘kenapa sampai nak pegi jauh, dekat Malaysia pun ada kafe kucing’, ya memang betul. Tetapi jika anda dah dekat Seoul, jangan lupa singgah ke sini dan cipta memori indah. Jika anda pencinta kucing, tidak lengkap kembara anda tanpa mengunjungi mana-mana cat cafe yang terdapat di Seoul. Hanya dengan membayar bayaran masuk (termasuk satu minuman), anda dapat meluangkan masa ditemani kucing-kucing yang comel dan jinak di dalam kafe tersebut.
5. Snow Wonderland – Mesti anda teringin nak main salji bila berada di negara empat musim bukan? Seperti adegan drama popular Winter Sonata? Korea Selatan kaya dengan banjaran gunung yang diliputi salji pada setiap musim sejuk. Kunjungi Yongpyong yang merupakan resort ski terbesar untuk anda merasai sendiri pengalaman meluncur salji yang menyeronokkan. Tahukah anda di situ juga berlangsungnya penggambaran drama bersiri popular, Winter Sonata.
6. Makan Belut Hidup – Untuk sesiapa yang adventure dan inginkan sesuatu yang baru. Noryangjin Fish Market menjadi tumpuan dengan pelbagai jenis makanan laut segar. Rasa sendiri kesegaran makanan laut seperti belut di restoran yang berada di tingkat atas pasar, tetapi jangan terkejut dengan harganya yang sedikit mahal.
7. Pulau Jeju – Kena pergi sekali jika anda melawat Korea Selatan! Lari dari kesesakan kota, anda pasti terpegun dengan Pulau Jeju yang menawarkan keindahan alam semula jadi seperti gunung berapi yang masih aktif dan pesisiran pantai pada iklim sederhana. Menariknya, pulau yang kaya dengan cerita rakyat ini turut digelar ‘The Hawaii of Korea’.
8. Muzium Kimchi – Orang kata tidak sempurna lawatan ke Korea tanpa melawat Muzium Kimchi yang terletak di Coex Mall. Selain dapat merasa sendiri beberapa jenis kimchi, pengunjung turut boleh belajar cara membuat kimchi yang menjadi makanan utama penduduk Korea.
9. Kunci Cinta – Ini satu lagi tarikan di Seoul, Korea Selatan. Terletak di tingkat bawah Menara Namsan, terdapat sebuah kawasan untuk dedikasi luahan cinta. Yang sudah berpasangan mahupun yang masih bujang, tulis nota cinta pada sebuah kunci mangga dan kunci pada pagar dawai ataupun pokok.
10. Cheonggyecheon Stream – Terletak di tengah bandaraya Seoul, Cheonggyecheon Stream adalah terusan pejalan kaki yang dibina dalam usaha menghijaukan ibu negara Korea Selatan. Sepanjang 8.4 kilometer, ia menjadi jalan alternatif yang lebih segar dalam menghubungkan dari satu tempat ke tempat lain tanpa perlu berjalan sepanjang jalan raya yang sesak.
11. The Scariest Place on Earth – Demilitarized Zone atau DMZ adalah kawasan sepanjang 4 kilometer yang memisahkan Korea Selatan dengan Korea Utara. Seperti kawasan peperangan yang dipenuhi tentera bersenjata, pelancong berpeluang berjalan di dalam terowong yang dibina oleh tentera Korea Utara selain kawasan Joint Security Area di Panmunjeom yang popular.
12. Festival Lumpur – Festival Lumpur yang bermula pada 1998 oleh sebuah syarikat kosmetik, Boryeong Mud Festival kini menjadi tarikan utama pelancong dan penduduk tempatan. Berlangsung selama dua minggu pada penghujung Julai, pelancong dapat berseronok bermandi lumpur yang turut sama bagus untuk kulit anda.
13. Silent Disco – Disco ini berbeza dengan disco yang lain. Keunikannya apabila Seoul partygeors memakai headphone sambil berdansa. Hanya 300 yang pertama akan menerima headphone. Silent disco ini diadakan pada hujung minggu di Norita Park dan sepanjang jalan Hongdae.
14. Ekspedisi Pendakian – Kehijauan dan keindahan alam semula jadi di Korea perlu ada terokai sendiri dengan membuat ekspedisi pendakian di Seorak-san, Jiri-san atau Wolchul-san National Parks. Musim panas adalah masa paling sesuai untuk berkhemah selain menikmati pemandangan gunung ganang di sana.
[SUMBER]