Dalam bidang seni hiasan dalaman, warna putih adalah warna asas yang sering digunakan untuk menampakan keadaan ruang yang lebih luas. Warna itu juga dianggap sebagai warna yang berciri minimalis kerana ianya sesuai untuk dijadikan latar bagi menonjolkan hasil seni menarik!
Untuk menjadi seorang yang berseni, anda harus kreatif mencipta sesuatu yang unik, lain daripada yang lain. Jika anda bercadang untuk mengadakan parti atau jamuan keraian yang memerlukan kek sebagai salah satu hidangan utama di dalam majlis yang disambut, tak perlu lah bazirkan duit anda.
Hiasan seperti frosting, aising bercorak atau fondant sememangnya memakan masa untuk ditempah dan dilakukan. Jadi, apa kata anda lakukannya sendiri. Sambil menghias kek, anda juga boleh menguji tahap kreativiti anda!
Ini antara idea mudah yang dapat anda contohi untuk menghias kek putih anda!
#1 Polka Dot Warna Warni Denga Bijirin “Trix Cereal”
Resepi: Funfetti Buttermilk Birthday Cake di A Beautiful Mess
Guna bijirin “Trix Cereal” yang berperisa buah-buahan tropikal untuk menghias kek pun cantik juga!
#2 Gummy Bears!
Resepi: Gummy Bear Layer Cake di Raspberri Cupcakes
Beli gummy bears banyak-banyak, tabur je keliling kek! Senang!
#3 Biskut Smarties Yang Dijadikan Tumbuhan Berbunga
Tutorial: Simple Cookie Flowers di Super Make It
Raya dah lepas, kalau ada biskut smarties yang lebih-lebih tu bolehlah dijadikan hiasan kek macam di dalam gambar tu! Cantik!
#4 Hiasan Jalur Glitter!
Tutorial: Glitter Cake di A Subtle Revelry
Gula glitter atau serbuk berkilau yang boleh dimakan ni ada dijual di kedai menjual barangan dan bahan-bahan membuat kek. Kalau anda sukakan hiasan yang simple, bolehlah cuba!
#5 Hiaskan dengan bijiran Fruit Loop
Resepi: Fruit Loop Cereal Milk Layer Cake di Sweetest Menu
Satu lagi cara nak buat kek nampak colorful, beli bijiran Fruit Loop ni di mana-mana kedai runcit atau hypermarket berdekatan rumah anda untuk dijadikan hiasan kek.
#6 Hiaskan dengan buah-buahan segar
Resepi: Berry Covered Birthday Cake di The Kitchen McCabe
Cara ini pun mudah! Cuma perlu buah-buahan segar yang kecil untuk menghias ikut kreativiti anda!
#7 Hiasan seperti sulaman manik dengan ‘colourful chocolate rice’
Tutorial: Embroidery With Sprinkles di Clockwork Lemon
Amboi. Kek pun bersulam manik tau! Kreatif sangat!
#8 Liputi kek dengan marshmallow yang comel dan berwarna-warni!
Tutorial: Lucky Charmed Cake di Alana Jones Mann
Taburan marshmallow! Kanak-kanak pasti suka!
#9 Kelopak bunga menjadi hiasan menarik
Tutorial: Cake With Edible Flowers di Design Love Fest
Cari kelopak bunga yang boleh dimakan dan tidak beracun untuk menghias cara ini. Nampak hipster!
#10 Guna acuan biskut untuk taburan hiasan yang lebih teratur dan berbentuk
Tutorial: Cookie Cutter Shape Decorating Ideas di 17apart
Gunakan acuan biskut menarik untuk menghias kek cara ini agar taburan nampak lebih kemas dan teratur.
#11 Hiasan kelopak bunga menggunakan aising warna-warni
Resipi: Rainbow Petal Cake oleh Kate Wagner untuk The Cake Blog
Ceria betul kek ni! Hanya bermodalkan aising berwarna, ziplock bag dan sudu untuk menghias.
#12 Gunakan ‘gel food coloring’ untuk hiasan seperti warna air
Resepi: DIY Abstract Watercolor Painted Cake di Sugar & Cloth
Sapuan warna yang bersahaja pun sudah cukup untuk buat kek nampak menarik!
#13 Hiasan kek seolah tanah bersama gula-gula batu
Resepi: Dirt Cake di In Katrina’s Kitchen
Nak nampak unik, cubalah cara hiasan tanah dengan gula-gula batu ni. Biskut oreo hancur dijadikan tanah. Cuba cari gula-gula batu tu di mana-mana Hypemarket berdekatan, mesti ada jual. Di Giant pun ada.
#14 Pecikan warna ala Jackson Pollock!
Resepi: Chocolate Chili Splatter Paint Cake di My Name Is Yeh
Mari berkarya ala Jackson Pollock diatas kek! Campurkan gula aising bersama beberapa titik pewarna makanan pilihan anda dan sedikit air untuk dapatkan frosting berwarna seperti di dalam gambar. Sungguh berseni!
#15 Lolipop disekeliling kek
Tutorial: Melanie Blodgett (You Are My Fave) di Julep
Yang ini paling senang, hanya cucuk gula-gula lollipop di sekeliling kek!
#16 Kek Musim bunga dengan gula-gula Twizzlers
Tutorial: Handmade Charlotte
Okay, untuk hiasan yang ini, anda perlu rajin mencari gula-gula Twizzler. Tidak semua kedai menjual gula-gula berkenaan di Malaysia tetapi anda mungkin boleh dapatkan Twizzler di Candylicious yang terletak di Suria KLCC dan 1 Utama Shopping Center!
Selamat berkarya di atas kek putih anda!